Tidak mahu panjangkan kes, keluarga Muhammad Adib tarik balik rayuan

encik gotenks
0

Keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menarik balik rayuan berhubung permohonan mengkomitkan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas atas tuduhan menghiina mahkamah.

Firma guaman, Tetuan Mohd Zubir Embong and Associates yang mewakili keluarga Muhammad Adib berkata, arahan itu dibuat oleh keluarga Muhammad Adib kerana tidak lagi mahu memanjangkan perkara tersebut.

"Susulan daripada arahan keluarga Muhammad Adib agar rayuan bapanya, Mohd Kassim Abdul Hamid ditarik balik, peguam telah memfailkan Notis Menarik Balik Rayuan pada 31 Mei lalu, diikuti Jabatan Peguam Negara (AGC) yang mewakili Tommy Thomas memfailkan penarikan rayuan pada Selasa,"

Menurutnya, pihak keluarga Muhammad Adib menganggap bahawa proses dan prosiding penghiinaan mahkamah terhadap Tommy Thomas dan AGC selesai dan tamat di sini.

"Mereka turut berharap agar masyarakat dapat membenarkan ahli keluarga arwah untuk meneruskan kehidupan dengan memandang ke hadapan serta memulakan kehidupan baharu," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Jelas firma itu, terdapat tiga rayuan sedang berlangsung di Mahkamah Rayuan.

"Pertama, rayuan oleh AGC bagi menegaskan bahawa hakim koroner tiada bidang kuasa untuk mendengar dan menghukum seseorang, termasuk Tommy Thomas atas kesalahan menghiina mahkamah," katanya.

Manakala dua lagi ujarnya, rayuan Mohd Kassim, 66, bagi mencabar keputusan mahkamah tinggi yang memutuskan bahawa Tommy Thomas mempunyai hak merayu dan rayuannya diterima.

Sumber Artikel : Sinar Harian

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top