Berlaku 'shiqaq' dalam perkahwinan Puteri Sarah, Syamsul Yusof, kata Peguam

OhMyPress
0

 


Pelakon Puteri Sarah Liyana memaklumkan keputusan memfailkan penceraian terhadap suaminya, pengarah terkenal Syamsul Yusof kerana tekanan dan gangguan pihak ketiga atau hubungan sulit yang menyebabkan suaminya tidak pulang ke rumah dalam tempoh yang lama.

Memetik Sinar Harian, pelakon jelita berusia 38 tahun ini memohon penceraian menerusi Tetuan Akberdin & Co dengan menamakan Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Md Yusof, 39, selaku defendan.

Berdasarkan dokumen yang difailkan, Puteri Sarah berkata, permohonan berkenaan difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.


Antara alasan yang dikemukakan ialah tiada persefahaman, telah berlaku ‘shiqaq’ iaitu perbalahan yang berpanjangan dan tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.

“Saya dan anak-anak tidak lagi tinggal bersama suami, sama ada di rumah mentua mahupun di rumah kelamin.


“Jika (perkahwinan) diteruskan, ia mungkin akan mendatangkan kemudaratan kepada kedua-dua pihak, khususnya diri dan emosi saya serta anak-anak,” memetik dokumen yang difailkan menerusi Tetuan Akberdin & Co.


Puteri Sarah yang hadir di mahkamah dengan memakai jubah berwarna hitam, diwakili peguam Syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader.

Sebelum ini, Puteri Sarah memperoleh perintah injunksi daripada mahkamah sama, antara lain bagi menghalang Ira menghampiri dan mengganggu plaintif, suami dan keluarga.

Untuk rekod Puteri Sarah dan Shamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Mahkamah kemudiannya menetapkan sebutan kes pada 7 Mac depan.

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top