Lapan tahun bercerai tapi masih tinggal sebumbung

0

 


Menurut laporan, seorang kontraktor berusia 48 tahun masih tinggal bersama bekas isteri dan dua anaknya walaupun sudah bercerai sejak 8 tahun yang lalu tanpa rujuk. 


Memetik berita dari Harian Metro, tindakan pasangan ini mendapat padah apabila dia dicekup oleh pasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dalam operasi cegah maksiat di Limbongan. 


Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat menjelaskan bahawa tindakan ini diambil berdasarkan laporan dari Ahli Rakan Setia JAIM (RASEIM) tentang pasangan yang masih tinggal bersama walaupun sudah bercerai. 


Pada jam 1 pagi, pasukan JAIM menyerbu ke lokasi dan mendapati lelaki itu tinggal bersama bekas isteri berusia 52 tahun dan dua anak mereka yang berusia 14 dan 17 tahun.


"Semakan mendapati mereka sudah bercerai pada 2015 namun terus tinggal bersama walaupun tidak pernah merujuk semula.



"Justeru lelaki itu dan bekas isterinya yang juga peniaga makanan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana bersekediaman," katanya dihubungi di sini.


Che Sukri berkata, jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM3,000 atau 24 bulan penjara atau kedua-duanya sekali.


"JAIM berterima kasih kepada orang awam dan ahli RASEIM (Rakan Setiaku JAIM) yang terus membantu menyalurkan maklumat bagi mengekang aktiviti tidak bermoral dan maksiat.


"Kita mengalu-alukan orang ramai untuk menyertai RASEIM melalui link https://t.me/RASEIM bagi membantu pencegahan, pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang Syariah di Negeri Melaka secara dalam talian," katanya.


Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top