Mayat kanak-kanak hilang 2 hari 'dihantar pulang' oleh buaya

0

 

Gambar hiasan


Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang mati lemas ditemui selepas dua hari dilaporkan hilang. Tubuhnya dibawa pulang oleh seekor buaya muara kepada keluarganya yang berada di tepi sungai. 


"Pada Jumaat yang lepas pagi apabila pasukan melakukan pencarian orang hilang pada hari kedua, sekitar jam 7 pagi, pasukan mendapat maklumat daripada keluarga bahawa mereka melihat ada seekor buaya yang membawa jasad manusia. 


Ternyata jasad itu adalah anak yang kita cari," kata Ketua Pencarian dan Pertolongan Basarnas Kaltim, Melkianus Kotta, apabila dihubungi oleh DetikCom.


Jasad kanak-kanak itu ditemukan di Perairan Muara Jawa, Kutai Timur. Pada masa itu mangsa dibawa dari tengah sungai menunju ke tepi sungai dan sedang ditunggu keluarganya.



"Jaraknya dari tempat kejadian itu adalah 1.5 kilometer. Saat buaya berada di dekat keluarga, jasad itu dilepaskan buaya," katanya.


Menurut Melkianus, jasad kanak-kanak itu terus dibawa ke bilik mayat. Apabila diperiksa, tidak ada sebarang anggota yang hilang.


"Tidak ada yang hilang, semuanya sempurna. Buaya ini malah membantu menemukan kanak-kanak itu," kata Melkianus.


Punca kanak-kanak itu mati lemas masih belum diketahui. - AGENSI


Sumber : Berita Harian Onlie

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top