Mesej geli-geli kekasih kantoikan pelakon kacak dengan isterinya

0

 


Penafian : Gambar yang digunakan dalam artikel ini hanya sekadar hiasan semata-mata


Belum reda kisah rumah tangga beberapa pasangan selebriti, timbul pula cerita baharu yang melibatkan pelakon muda berusia 20-an yang didakwa curang dengan wanita lain. 


Menurut sumber Harian Metro, hubungan terlarang pelakon lelaki yang juga bapa dua cahaya mata itu sudah diketahui oleh isterinya. 



Episod kecurangan pelakon lelaki yang dikenali melalui pertandingan pencarian 'hero' suatu ketika dahulu terbongkar apabila isterinya memeriksa mesej di telefon. 


Tindakan itu dibuat berdasarkan naluri isteri yang melihat banyak perubahan berlaku dalam diri suaminya. 


Luluh hati isteri pelakon lelaki yang berimej 'alim' itu apabila membaca mesej yang dihantar daripada skandal suaminya yang berunsur lucah dan menjijikkan. 


Menguatkan lagi dakwaan kecurangan itu apabila pelakon lelaki terbabit memadam gambar isterinya di Instagram dan membiarkan gambar bersama dua anak saja. 



Sumber Harian Metro berkata, isteri pelakon itu mengambil pendekatan berdiam diri kerana sedar dirinya adalah orang biasa dan tidak bekerja selain hanya bergantung harap dengan suaminya. 


Malah, pelakon itu didakwa sudah mula buat hal sejak mereka dikurniakan cahaya mata pertama lagi.


Artikel dari : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top