Opai santai dalam kereta, ramai netizen tak senang tengok Fatin Afeefa terpaksa keluar isi minyak

0

 



Kisah rumah tangga pelakon, Fatin Afeefa dan suaminya, Aliff Awang sememangnya menjadi perhatian di media sosial. Apa saja dikongsikan pasti akan diperkatakan ramai.


Belum lagi reda dengan isu Fatin beratur mengambil makanan sendiri, kali ini viral pula satu video di media sosial yang dirakam oleh netizen memaparkan selebriti cantik itu keluar mengisi minyak kereta.


@yoursbabe_11 Eh bukan dngn laki ke🤭 #fatinafeefa #artismalaysia #fyp #tiktokmalaysia #weddingvibes #suamiistribahagia ♬ original sound - Yours_


Memetik artikel dari rotikaya, kelihatan Fatin keluar daripada kereta McLaren berwarna hijau dan meminta pekerja yang bertugas di pam berkenaan untuk mengisikan minyak.


Bagaimanapun, diruangan komen ramai yang seolah kurang senang melihat Fatin yang keluar kereta serta ada yang membandingkan selama mereka kahwin suami yang akan turun.


Ada yang berpendapat sepatutnya lelaki atau suami yang sepatutnya keluar dari kereta. Namun, ada segelintir wanita tiada salahnya jika isteri yang turun dan ada juga yang berbuat demikian.




Sumber : ROTIKAYA

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top