Rahang jantan saya jadi kegiIaan peminat wanita, kata Mierul Aiman

0

 


Belum mencapai tahap keselesaan, Mierul Aiman sudah bukan lagi orang asing dalam industri hiburan yang diceburinya sejak dua tahun lalu.. 


Siapa sangka, drama Projek: High Council yang sedang populer saat ini menjadi fenomena media sosial sejak ditayangkan pada 14 Januari. Muhammad Amirul Aiman Norazman tidak bisa mengungkapkan perasaan terhadap popularitas yang ia raih saat ini.


“Tidak mahu mendabik dada tetapi bersyukur dengan semua pujian ramai mengenai lakonan saya.


“Kerja keras yang diletakkan dalam setiap lakonan akhirnya membuahkan hasil dan membuktikan setiap mimpi pasti akan direalisasikan Tuhan. Cuma perlu bersabar serta terus berdoa,” katanya kepada HibGlam.



Kata jejaka berusia 23 tahun itu, meskipun baru ditayangkan sebanyak empat episod, drama tersebut meninggalkan impak besar terhadapnya.


Malah, ramai pengkarya seni sudah mula membuka mata terhadap bakat dimilikinya yang sebelum ini dipandang sepi.


“Impak yang diterima sangat banyak dan mereka (orang industri) sudah mula mempercayai tanggungjawab saya sebagai seorang aktor. Semua ini membuatkan saya yang baru setahun jagung dalam industri ingin terus bekerja kuat.


“Mimpi boleh direalisasikan sekiranya kepercayaan diletakkan sepenuhnya dalam diri.


“Disebabkan rasa itu, saya akan terus berlari dan mengejar misi untuk memberi lebih banyak jiwa serta kreativiti kepada industri seni tanah air,” tutur aktor bertubuh kekar itu.



Jejaka berkulit sawo matang itu juga melahirkan rasa teruja kerana dipilih sebagai bintang utama drama tersebut.


“Saya sangat bersyukur kerana kerja keras dan pengorbanan untuk drama ini terbayar selepas menerima ribuan respons positif daripada penonton.


“Tuhan itu memang Maha Kaya apabila memberi peluang kepada saya untuk berkarya sebaris dengan pelakon hebat lain yang tidak pernah penat untuk berkongsi magis lakonan mereka,” katanya yang bijak mengatur setiap bait perkataan.


Nadhir Nasar


Bergandingan dengan Nadhir Nasar iaitu Hero Remaja 2020 dalam naskhah tersebut, Mierul memandangnya sebagai peluang untuk mendapat ilmu daripada individu yang dianggap senior itu.


Malah, dia tidak kisah sekiranya mutu lakonan dibandingkan dengan bintang drama i-Tanggang berkenaan kerana menganggap hal tersebut sebagai lumrah anak seni.


“Dibanding-bandingkan dengan aktor lain itu hal biasa kerana semua orang berhak melakukannya.


“Kami adalah juara untuk dua musim berlainan. Setiap daripada kami mempunyai bakat sendiri yang boleh dipersembahkan kepada umum,” ungkap Mierul yang merupakan juara Hero Remaja 2021.


Tiada perasaan dengki mahupun cemburu, dia menganggap Nadhir sebagai seorang guru dalam bidang lakonan dan peragaan.


“Saya terima apa sahaja pandangan dan perbandingan yang orang luar berikan.


“Saya anggap dia sebagai seorang abang dan terbuka untuk menerima ilmu daripada sesiapa sahaja termasuk Nadhir yang juga merupakan salah seorang guru saya,” ujarnya lagi.


Rahang


Di sebalik sisi pesona kacak yang menjadi perhatian, sebenarnya satu lagi daya tarikan yang ada pada Mierul adalah rahang jantan yang dianggap sebagai aura ‘membuunuh’ jiwa para peminat wanita.


Boleh jadi, itu juga akan menjadi identiti atau signatur pemilik Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Selangor itu sebagai seorang pelakon untuk terus diingati.



“Sebagai seorang pelakon, saya mengamalkan prinsip menerima apa sahaja gurauan, komen dan kritikan daripada peminat.


“Rasa lucu juga rahang saya jadi perhatian tetapi itulah fizikal sebenar saya. Saya bangga dengan aset tersebut,” tuturnya lagi.


Ketika sedang dijulang populariti ketika ini, Mierul sangat menghargai usaha segelintir peminat menyunting video koleksi fotonya.


“Saya sangat hargai, semua itu satu perkara yang sangat berharga untuk saya. Tanpa mereka, mungkin saya tidak berada di posisi sekarang,” kongsinya.


Sumber : Kosmo! Online

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top