'Samseng jalanan' 63 tahun ditahan ancam pemandu guna batu bata

0

 


Seorang lelaki warga emas berusia 63 tahun ditahan oleh polis setelah video berdurasi 28 saat yang menunjukkan dia mengancam seorang pemandu dengan serpihan batu bata tular di media sosial. 


Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Heisham Harun, lelaki tersebut ditahan pada jam 3 petang semalam di Balai Polis Sentul setelah melaporkan kejadian tersebut. 



Heisham menyatakan bahawa lelaki tersebut bekerja sebagai pemandu van dan memiliki empat rekod kesalahan jenayah masa lalu.


“Dia akan direman esok (hari ini) bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menakutkan secara jenayah.


“Lelaki itu turut disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mengeluarkan kata-kata kesat di tempat awam,” katanya dalam kenyataan malam tadi, menurut Bernama.



Dia berkata sebelum itu, mangsa yang merupakan lelaki tempatan berusia 25 tahun melaporkan kejadian tersebut kepada polis pada jam 2 petang setelah tidak puas dengan tindakan seorang lelaki yang mengetuk kaca dan melempar batu ke arah kenderaan miliknya. 


Menurutnya, kejadian tersebut terjadi di lampu isyarat Jalan Metro Prima 1, Kepong pada 28 Disember lalu.


Sumber : FMT

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top