Saya tak bantah jika anak temu jodoh suami orang, kata Azhar Sulaiman

OhMyPress
0

 


Pelakon popular, Azhar Sulaiman, 52, tidak membantah jika ditakdirkan anaknya, Kasih Iris Leona atau Leona, 21, dipertemukan jodoh dengan lelaki yang sudah berkahwin suatu hari nanti.


Azhar berkata, syarat ditetapkannya adalah senang antaranya lelaki itu harus bijak mengendalikan isu dalamannya selain memiliki sifat hormat yang tinggi.


"Nampaknya ramai yang mengata anak perempuan saya akan menjadi bini nombor dualah, nombor tigalah.


"Resmi mami (gelaran bahasa diri Azhar) senang. Terima sesiapa saja asalkan ada 'degree' (ijazah) dalam pelajaran. Pastikan hormat dan jaga maruah anak perempuan saya serta keluarga kalau calon sudah berkahwin.


"Uruskan hal-hal dalaman kamu dengan berhemah dan jangan sampai kecoh satu Malaysia. Akur ajal jodoh di tangan Allah SWT," katanya.


Pelakon drama Projek: High Council itu turut mendedahkan Leona cenderung meminati jejaka berketurunan Cina, sekali gus menjadikan anaknya bakal memegang tanggungjawab besar kelak.


"Anak saya suka jejaka Cina. Saya rasa merekalah yang penat nak bimbing kalau terjadi kahwin nanti," katanya.


Pada Ogos tahun lalu, Leona pernah menafikan dakwaan mempunyai hubungan dengan suami kepada seorang wanita seperti yang didakwa di media sosial.


Kemudian tidak lama itu, dia meninggalkan Malaysia bagi menyambung pelajaran di luar negara. Dia turut memaklumkan hubungannya dengan teman lelakinya bernama Ryan.

Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top