Galak muatnaik video tanpa ada bukti, Peguam Nor Zabetha pesan sesuatu kepada Ali Puteh

0

 


Pandangan Peguam Nor Zabetha;

"Saya ni kan..

Membaca update pasal video Ali Puteh.


Satu perkara dalam kepala saya. Hari itu, dia baru diarahkan oleh mahkamah untuk membayar ganti rugi kerana tindakan fitnah oleh bekas kakak iparnya. Jumlah ganti rugi yang perlu dibayar RM60,000.


Kemudian, kali ini dia muat naik video lagi. Kalau dalam video itu, semua penonton faham gambaran dan penyampaian yang cuba disampaikan berkenaan bekas kakak iparnya.


Adakah dia dapat menyokong dan membuktikan bahawa kenyataan tentang garam, daun itu sebagai sesuatu perbuatan yang dilakukan oleh bekas kakak iparnya dan dengan niat tertentu?



Dalam video itu, cukup sekali lagi elemen-elemen bagi tuntutan saman fitnah iaitu terdapat tuduhan fitnah yang ditujukan dan merujuk kepada orang yang difitnah (bermakna kita tahu siapa yang dia rujuk itu) dan disampaikan pada pihak ketiga atau umum.


Dia sudah pernah disaman. Dia sudah lalui proses di mahkamah. Dia sudah cukup tahu bagaimana Mahkamah memutuskan sesuatu perbuatan fitnah itu. Dia pasti tahu elemen fitnah itu apa kerana telah sendiri melalui proses soal balas di mahkamah sewaktu perbicaraan.


Kenapalah dibuat kesilapan itu berulang-ulang kali. Kan menjerat diri. Perbuatan fitnah ini, boleh dituntut mengikut jumlah kenyataan fitnah.


Kalau pernah disaman dan mahkamah mengarahkan membayar bukanlah satu tiket tidak disaman lagi. Setiap kali keluar kenyataan, setiap kali itulah boleh disaman.


Video dimuatnaik telah dirakamkan dan dipadamkan tetapi telah dikongsikan oleh orang ramai.


Pernah sekali dulu saya mewakili kes anak guam di mahkamah. Antara hujah yang digunakan adalah status yang dimuat naik tersebut, tidak mendapat reaksi yang ramai. 



Oleh itu, pembacanya tidak ramai dan memandangkan kedua-dua pihak terlibat bukanlah 'public figure'. Oleh yang demikian, kesannya tidak cukup kuat dan ganti rugi sepatutnya tidak tinggi.

Tetapi mahkamah berpendapat "Di zaman media sosial ini, apa sahaja yang dimuatnaik dalam media sosial adalah dianggap boleh dibaca orang ramai. Bermakna sekali menekan butang muatnaik atau share, adalah dianggap ditularkan dan disampaikan ke pihak ketiga untuk ditularkan".


Kalau hendak buat sesuatu perkara. Pikir dahulu. Ada perkara elok berbincang sesama sendiri dan bukan dimuatnaik di media sosial dahulu."


Sumber : Facebook Nor Zabetha

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top