“Kau Tau Ke Asal Usul Dia? Kau Ingat Dia Kaya Ke?” – Adik Beradik Ira Kazar Dakwa Bapa Mertua Tolong Bayarkan Peguam Puteri Sarah

0

 


Ramai yang mengetahui pergolakan yang melanda rumah tangga Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusuf. Bahkan bapa mertuanya, Yusuf Haslam, juga menyatakan kekecewaannya dengan sikap anaknya yang berkahwin dengan Ira Kazar tanpa pengetahuan keluarga.


Namun, hari ini, Puteri Sarah Liyana membuka rahsia melalui perbualan antara abang Ira Kazar, Naem Kazar, dengan seseorang di laman sosial Instagram.


Puteri Sarah Liyana memuat naik hantaran di Instagram Story yang memaparkan tangkap layar mesej perbualan antara abang kepada Ira Kazar, iaitu Naem Kazar, dengan seorang individu.


Melalui hantaran tersebut, Naem telah mengaku bahawa peguam yang diambil oleh Puteri Sarah dibayar oleh bapa mertuanya, Dato’ Yusof Haslam.


Menurut Naem, hal tersebut juga menjadi sebab mengapa Yusof Haslam tidak dapat menahan air mata saat ditemui oleh pihak media.


Tidak hanya itu, Naem juga mengaku bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Puteri Sarah sering berubah-ubah, sehingga membuat peguam keliru.


Tidak berdiam diri, Puteri Sarah berkata bahawa hanya Tuhan saja yang tahu betapa dia sudah berusaha keras untuk memperoleh pendapatan.


"Siang malam kerja bersengkang mata cari rezeki. Senang-senang je belah sana bercerita kata lawyer saya Shamsul & bapa mentua yang bayar."


Tidak hanya itu, pelakon berusia 37 tahun itu juga memohon kepada ahli keluarga Ira Kazar untuk berbincang dengan peguam jika ada yang tidak puas hati.


"Mula-mula bapak, lepastu kakak, ni abang pulak. Lepas ni siapa pulak yang nak keluar statement. Satu family ni dah kenapa?"



Sumber artikel : Beautifulnara


Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top