Keuntungan terjejas teruk, Nestle terpaksa naikkan harga produk

0

 


Ketua Eksekutif, Mark Schneider, hari ini mengumumkan bahawa kumpulan makanan terbesar di dunia, Nestle, akan terus menaikkan harga pada tahun ini. Ini adalah susulan daripada harga bahan mentah yang lebih tinggi yang telah menyebabkan syarikat gagal mencapai keuntungan bersih tahunan seperti yang dijangka oleh para pakar kewangan.


Mark Schneider enggan untuk memberikan komen mengenai tahap kenaikan harga yang dirancang, namun menyatakan bahawa peningkatan ini diperlukan untuk menyeimbangkan "kerosakan" yang disebabkan oleh kenaikan harga komoditi.


Bagi pengguna, kenaikan ini mungkin akan menambah tekanan pada bajet isi rumah yang sudah terhad dan ekonomi yang semakin lemah. Kuasa beli mereka juga telah berkurangan akibat inflasi yang mencapai paras tertinggi dalam beberapa dekad.


Pada tahun lalu, pengeluar kopi segera Nescafe dan kepingan coklat KitKat telah menaikkan harga sebanyak 8.2 peratus, tetapi kenaikan tersebut tidak dapat menampung sepenuhnya kesan kenaikan kos bahan mentah terhadap margin keuntungan.


"Margin kasar kami merosot kira-kira 260 mata asas, jumlah itu besar. Ia selepas semua penetapan harga yang kami lakukan pada 2022," kata Schneider kepada pemberita.



"Kami ada beberapa pasaran, seperti AS (Amerika Syarikat) dan UK (United Kingdom), di mana kami melihat inflasi tinggi berterusan, dan pasaran lain seperti China dan di sini di Eropah... di mana inflasi lebih rendah," kata Schneider.


Seluruh industri barangan dibungkus turut menaikkan harga bagi berdepan dengan lonjakan kos bagi hampir semua bahan mentah, selepas pencerobohan Russia ke atas Ukraine menambah lagi impak masalah bekalan berkaitan pandemik.


-Reuters


SUMBER : BERITA HARIAN ONLINE

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top