“Setiap Hari Datang Nak Manja, Tak Nak ‘Rehearsal’ Kalau Tak Ada Aliff” – Bella Astillah Bongkar Sikap ‘Penyondol’

0

 


Bella Astillah, pelakon dan penyanyi, menerangkan sebab dia berlakon dalam drama terbaru bertajuk "Ku Akad Kau Dengan Bismillah" bersama suaminya, Aliff Aziz dalam wawancara program TV Melodi.


Menurutnya, dia memilih untuk berlakon demikian kerana ingin mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku pada keluarganya. Iman seseorang pasti akan goyah jika terdedah pada godaan setiap hari.



Kalau saya tak buat macam ni, apa kesudahannya? Kalau nak kata saya kena nasihat suami dulu, betul itu memang cara yang tepat.

Dedah Bella lagi, heroin drama berkenaan bersikap ‘manja’ dan menggoda terhadap suaminya.


Tapi kalau hari-hari orang datang manja-manja, nak rehearsal tak boleh kalau tak ada hero. Kita elak, tapi kalau hari-hari takut juga kalau suami saya tersuka macam mana?



Dalam pada itu,  Bella tidak bersetuju dengan idea poligami dan sebolehnya ingin mengelakkan perkara itu daripada berlaku dalam rumah tangganya.


“Kalau kata poligami, memang saya tak setujulah dan saya tak mahu sampai ke tahap itu. Sebelum ia terjadi lagi, saya buat benda ini (pendedahan).” kata Bella.


SUMBER : Xtra.com.my via beautifulnara

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top