Ustaz Azhar Idrus kata haram hukum cas telefon dalam masjid kecuali jika...

0

 


Ustaz Azhar Idrus, seorang penceramah bebas, telah menjelaskan bahawa mengecas telefon di dalam masjid adalah haram kecuali telefon tersebut telah diwakafkan oleh pihak masjid. 


Beliau yang juga dikenali sebagai UAI memberikan penjelasan tersebut semasa memberikan ceramah di Masjid Al-Mubarakah, Taman Bukit Cheras, Kuala Lumpur pada malam sebelumnya.


Ustaz Azhar menjelaskan bahawa hukum tersebut adalah haram kerana masjid tidak boleh dianggap sama seperti rumah sendiri kerana kebanyakan barang di dalam masjid telah diwakafkan.



“Jika kita yang bayar bil elektrik masjid, kita boleh cas telefon. Contohnya, bayar RM2,000 setiap bulan. Tetapi kalau orang lain yang bayarkan, tidak boleh.


“Melainkan ada soket disediakan khas ditulis sebagai wakaf cas telefon percuma. Kerana harta itu dikira harta sabil atau wakaf.



“Paling kerap buat dosa, apabila ahli jawatankuasa masjid bawa barang-barang masjid balik rumah. Contohnya pinjam karpet, bawa balik sebab anak ingin kahwin,” katanya.


Imam Nawawi melarang umat Islam dari mengambil wuduk di mesin penapis air di dalam masjid, kerana ia telah diwakafkan untuk tujuan minum sahaja. Hal ini diharamkan menurut riwayat Imam Nawawi.



SUMBER  - KOSMO! ONLINE

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top