Ibu Tak Tahu Cerita Sebenar, Saya kahwini Ira Kazar atas keputusan sendiri, tiada kaitan disihir, kata Syamsul Yusof

0

 


PENGARAH filem terkenal Syamsul Yusof menafikan tuduhan yang dibuat oleh ibunya, Datin Patimah Ismail bahawa dia disihir oleh isteri keduanya, Ira Kazar.


Syamsul, 39, menerangkan keputusan untuk beristeri dua adalah pilihannya sendiri selepas mendapat petunjuk daripada melakukan solat Istikharah.


"Ibu cakap saya kena sihir dan macam-macam lagi. Tapi saya buat solat Istikharah. Orang cakap Ira adalah orang yang buat (sihir).


"No! Saya yang buat pilihan untuk berkahwin lagi satu. Saya lelaki dan saya ada buat (solat) Istikharah. Bukan Ira yang mengganggu, tidak begitu. Saya yang buat keputusan," katanya kepada pemberita.


Dalam pada itu, Syamsul berkata, dia tidak mampu untuk memenuhi permintaan Patimah yang mahu dia menceraikan Puteri Sarah.





Kata pengarah filem Mat Kilau itu, sekiranya rukun perkahwinan dalam Islam menetapkan meminta kebenaran ibu ialah rukun wajib untuk berkahwin, baharulah dia akan berbuat demikian.



"Dia sebagai ibu, saya faham dia sangat sedih. Saya faham juga ibu terluka, tapi kalau boleh jangan dikongsi di sosial media.



"Apa-apa pun, saya sudah memilih Ira. Mungkin ibu mahu saya menceraikan Puteri Sarah tetapi saya tidak boleh buat begitu. Saya minta maaf," katanya.


Tambah Syamsul lagi, dia tidak kisah sekiranya Patimah berpihak kepada isteri pertamanya itu dan berharap masa akan memulihkan semula hubungan mereka.




"Tak mengapa kalau ibu saya mahu menyokong Sarah. Ini bukan permainan nak suruh sokong bini kedua, macam saya cakap ibu tak tahu cerita sebenar. Masa akan menentukan segalanya," ujarnya.


Sebagai makluman, Syamsul dan Puteri Sarah melangsungkan perkahwinan pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.


Pada 6 Januari tahun ini, Syamsul telah mengumumkan bahawa dirinya telah berkahwin dengan Ira Kazar di Thailand dengan wakil walikan ayahnya, Kazar Saisi.


Pada 7 Mac tahun ini di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Syamsul enggan menceraikan Puteri Sarah kerana masih percaya ada peluang untuk kembali rukun.


Pada petang Selasa lepas, Syamsul mengemukakan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.


Sumber : mStar Online

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top