Kepada Farid Kamil, Kita dah tua Bro, apa kau nak buat ‘game’ budak-budak, aku jumpa kau di mahkamah, Kata Syamsul

0

 


“Aku jumpa kau di mahkamah.”


Itu ‘pesanan’ oleh pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof apabila ditanya mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh pelakon, Farid Kamil yang mendakwa lelaki terbabit pernah memukul seorang wanita bernama Diana namun tiada sebarang tindakan diambil.


‘Diana’ yang disebut dalam Insta Story Farid Kamil itu dipercayai merujuk kepada isterinya, Diana Danielle.


Pelakon utama Lagenda Budak Setan itu membuat kenyataan itu sehari selepas isteri pertama Syamsul, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin menceritakan bahawa dia pernah dipukul oleh suaminya sehingga dia keluar rumah sekitar 2020.


Syamsul dan Diana Danielle pernah menjalin hubungan cinta sekitar 2005 sebelum hubungan itu berakhir pada penghujung 2008. Diana kemudian jatuh cinta dengan Farid Kamil sebelum berkahwin pada 3 November 2012.




Pada Disember 2022, melalui podcast Studio Sembang anjuran pelakon Amelia Henderson, pelakon wanita itu mendedahkan pernah menjadi mangsa pukul bekas kekasih yang tidak dinamakan identitinya sebelum bercinta dengan Farid Kamil.


“Kita dah tua Bro, apa kau nak buat ‘game’ budak-budak. Jadi, aku jumpa kau di mahkamah, itu je. Kalau dah jumpa di mahkamah, takkan nak main tepuk tampar, mesti aku saman kau la,” ujar Syamsul.


Terdahulu, Syamsul menjelaskan, beliau tidak lagi aktif di media sosial namun mengetahui isu-isu yang diperkatakan mengenainya apabila dimaklumkan oleh rakan-rakannya yang lain.





“Saya malas nak main game media sosial. Kita dah tua, kita nak cari rezeki, kita nak kerja. Kalau masa muda-muda dulu okay la kot, sekrang hal remeh temeh (macam ini) saya tak nak. Sebab itu saya cakap saya malas gaduh tetapi ini ujian la,” jelasnya.


Syamsul membuat kenyataan tersebut ketika ditanya media selepas beliau memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini. 

Sumber : – UTUSAN
Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top