Nama saya tiada dalam Mat Kilau 2, kata Datuk Adi Putra

0

 


Datuk Adi Putra mengesahkan bahawa dia tidak akan meneruskan peranannya sebagai Mat Kilau dalam filem prekuel yang bakal ditayangkan.


Menurut Adi, 42, dia telah menerima kenyataan rasmi daripada Kembara Studio yang bertindak sebagai penerbit filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan.


Adi yang memegang watak tokoh pejuang Melayu itu berkata, dia menghormati keputusan pihak penerbit dan berterima kasih atas peluang yang diberikan sebelum ini.


“Saya dapat pengesahan menerusi kenyataan yang dikeluarkan daripada penerbit, jadi pengesahan saya akur dengan pengesahan yang dibuat.



“Saya terima dengan qada dan qadar. Saya juga tidak mempersoalkan mengenai perkara tersebut. Saya reda,” katanya kepada Gempak.


Adi memberikan kenyataan itu ketika ditemubual semasa acara Ajwad Khan Raya 2023, Fashion Show yang dianjurkan oleh Starvilion di sebuah hotel di Ampang, Kuala Lumpur pada hari Isnin.


Sementara itu, pelakon itu juga berkata bahawa dia tidak mempunyai sebarang campur tangan dalam pemilihan pelakon-pelakon lain yang akan terlibat dalam filem prekuel Mat Kilau.


“Saya tak mahu komen, namun saya tetap melahirkan rasa syukur dan alhamdulillah sebab penerbit dan pelakon ada batasan.


“Penerbit ada kuasa untuk menerbitkan dan ketentuan untuk pemilihan. Saya hanya seorang pelakon atau boleh dikatakan sebagai pekerja buruh.




“Pelakon ini dalam kategori freelance, tidak ada mutlak kerana kami tidak menerbitkan sesuatu,” tambahnya.


Di acara yang sama, Adi juga telah dilantik sebagai duta jenama bagi koleksi baju melayu raya Starvilion. Adi menjadi sumber inspirasi untuk koleksi terbaru yang diperkenalkan pada tahun ini dengan tema Starvilion Laskar Raya 2023.


Sumber : Gempak






Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top