Netizen ajak boikot ramai-ramai filem Syamsul Yusof, ini jawapan padu Sharnaaz Ahmad

0

 


MENYUSULI kontroversi penyingkiran Datuk Aaron Aziz daripada filem The Original Gangster arahan Syamsul Yusof, nama pelakon Sharnaaz Ahmad turut menjadi bualan netizen. Ini kerana Sharnaaz dikatakan menggantikan peranan Aaron dalam filem tersebut.


Namun, Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, menafikan dakwaan itu dan meminta semua pihak berhenti berbalah serta mengeluarkan kenyataan negatif. Beliau berkata, beliau tidak terlibat langsung dengan keputusan pengarah untuk menyingkirkan Aaron dan hanya menerima tawaran untuk berlakon dalam filem itu.


Sharnaaz juga menasihati semua pihak supaya bersikap profesional dan menghormati kerja seni orang lain. Beliau menambah, ketika ini umat Islam sedang menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan yang mulia dan sepatutnya menjauhi perkara-perkara yang boleh merosakkan hubungan sesama manusia.


"Personal is personal. Sebagai pengarah, kamu tetap saya sokong dan hormat, Syamsul. Tanpa sangsi. Yang tahu sahaja tahu.



"Makin banyak bercakap takut terselak kain sendiri. Hormatilah Ramadan, tak perlu bergaduh. Syaitan pun off day, jadi siapa syaitan yang sebenarnya?" soalnya.


Sharnaaz berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.


Pengarah filem The Original Gangster, Syamsul Yusof, mendedahkan sebab-sebab sebenar mengapa Aaron Aziz tidak lagi terlibat dalam filem aksi itu. Pada Rabu lalu, Syamsul mendedahkan faktor usia, berat badan dan masalah kesihatan Aaron menjadi punca utama aktor asal Singapura itu digugurkan daripada The Original Gangster.


Syamsul berkata, dua pelakon filem berkenaan iaitu Sharnaaz Ahmad dan Beto Kusyairy, penerbit dan pasukan koreografer turut tidak yakin Aaron boleh berlakon kerana maslah kesihatan dialaminya. Menurut Syamsul, Aaron juga menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan gaya lakonan yang diperlukan oleh wataknya.


Dalam pada itu, Sharnaaz berkata, semua pihak terlibat dalam The Original Gangster sudah berhempas pula menyiapkan filem tersebut sehingga banyak perkara terpaksa dikorbankan. Antaranya ialah masa bersama keluarga dan komitmen lain. Jadi adalah tidak adil apabila ada pihak yang mahu memboikot filem tersebut hanya kerana masalah peribadi melanda pengarahnya selain kontroversi melibatkan Aaron.


Sharnaaz menambah bahawa beliau bersimpati dengan apa yang dialami oleh Syamsul dan Aaron tetapi beliau percaya bahawa mereka boleh menyelesaikan masalah mereka secara baik-baik. Beliau juga berharap agar penonton dapat memberi sokongan kepada filem The Original Gangster yang bakal ditayangkan pada bulan April ini.


"Untuk menjayakan filem ini bukanlah sesuatu yang mudah. Banyak hati dan lelah telah dicurahkan, ada anak isteri ditinggalkan, kerja dalam bahaya, buat aksi membahayakan.


"Kualiti yang diberikan oleh semua team dan pengarah adalah yang terbaik di Malaysia. Bukan gangster yang cuba diangkat, tetapi kualiti daripada gambar, pencahayaan dan aksi di luar skala biasa.


"Jangan sebab amarah anda, dibunuuh periuk nasi 60 orang lagi di belakang tabir ini," katanya.


Sumber : mStar Online

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top