Pelakon lelaki terkenal tumbuk isteri hingga cedera

0

 


Penafian : Gambar hiasan

Isteri kepada pelakon lelaki membuat laporan polis mendakwa ditumbuk suaminya beberapa kali sehingga cedera di bahagian mata, awal pagi tadi.


Sumber berkata, mangsa berusia lingkungan 20-an itu membuat laporan berhubung kejadian terbabit di Balai Polis Jinjang, di sini, jam 6.30 pagi tadi.


"Difahamkan ketika kejadian, mangsa bersama suaminya berusia lingkungan 20-an berada di dalam kereta yang berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R) di sekitar Sungai Buloh, Selangor.


"Ketika kejadian, berlaku pergelutan dipercayai berpunca mangsa menjawab panggilan telefon semasa perbincangan antara mereka.




"Pelakon lelaki itu bertindak menumbuk muka mangsa tiga kali menyebabkan mangsa cedera di bahagian mata," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa'aton Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.


"Siasatan lanjut berhubung kejadian ini sedang giat dijalankan dan kita dalam proses untuk merakam percakapan mangsa.


"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.


Sumber : Hmetro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top