(VIDEO) 4 beradik meninggal dunia rumah terbakar di Muar

0

 


Empat beradik maaut dalam kebakaran di rumah mereka di Lorong Haji Muhammad, Jalan Ismail, Kampung Sabak Awor di sini, malam ini.


Dalam kejadian jam 7.49 malam itu, mangsa masing-masing dua lelaki dan dua perempuan berusia tiga hingga lapan tahun ditemukan meninggal dunia.


Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Timbalan Penguasa Bomba II Shahrizal Mokhtar, berkata kebakaran membabitkan rumah jenis separuh kekal berkeluasan 50x35 kaki.


Beliau berkata, kebakaran itu memusnahkan 80 peratus daripada keseluruhan rumah berkenaan.


"Selepas api berjaya dipadamkan sepenuhnya, anggota bomba melakukan pencarian mangsa.

"Empat mangsa terdiri dua kanak-kanak perempuan berusia enam dan empat tahun serta dua kanak-kanak lelaki berusia tiga dan lapan tahun ditemukan di bilik air rumah mereka dalam keadaan tidak sedarkan diri," katanya ketika dihubungi.


Beliau berkata, seramai 20 anggota dari BBP Muar dan BBP Bukit Gambir dibantu dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) serta satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.





"Pemeriksaan lanjut oleh pegawai perubatan mengesahkan semua mangsa disahkan meninggal dunia.


"Mayat keempat-empat beradik itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.


Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.


Operasi tamat pada jam 9.52 malam.

Sumber :BH Online

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top