A. Aida doa jumpa jodoh terakhir... mahu lelaki berkarier dan penampilan menarik

0

 



Datuk A. Aida, seorang penerbit yang pernah melalui fasa kegagalan rumah tangga sebanyak empat kali, mengakui bahawa dia kadang-kadang berasa cemburu melihat kebahagian orang lain yang mempunyai pasangan.


“Arwah ibu pernah cakap, saya ini ada segala-galanya, tetapi bab berkaitan suami Allah tidak kurniakan rezeki. Saya reda dengan ketentuan itu dan terima bahawa belum ada rezeki ke arah itu.


“Tapi saya akui sedih dan cemburu melihat orang lain berpasangan, terutamanya kebahagiaan adik-beradik sendiri. Saya sentiasa tertanya-tanya kenapalah tidak mendapat kenikmatan hidup berumah tangga yang kekal lama.


“Namun semua itu telah ditulis Allah dengan baik. Saya kena terima,” katanya kepada mStar.


Selepas empat tahun kembali hidup sebagai ibu tunggal, A. Aida tidak pernah menutup hati untuk menerima kehadiran mana-mana lelaki yang boleh memahami dirinya.


Meskipun ada beberapa lelaki yang cuba mendekati dirinya, namun belum wujud perasaan sayang selain dia juga ada ciri-ciri idaman yang dimahukan.


“Ada sahaja yang nak kenal dan selalu mesej saya, tetapi perasaan sayang dan rindu itu belum wujud. Kalau kita sayang seseorang mestilah akan akan ada rasa rindu nak jumpa.



“Saya sentiasa berdoa agar dipertemukan dengan lelaki terakhir yang akan menjadi peneman di hari tua. Kalau boleh biarlah dia seorang yang boleh membimbing saya.


“Tapi saya mahu juga seorang yang ada kerjaya dan harta sendiri. Tidaklah nak mengharapkan duit saya nanti. Penampilan juga haruslah jaga sebab nak bawa jalan di karpet merah,” ujarnya.


Bercerita tentang sambutan Aidilfitri tahun ini, A. Aida akan membawa empat orang cahaya matanya itu bercuti ke Jepun.


“Memang selalunya kami akan bercuti bila musim perayaan. Tahun ini kami pilih Jepun sebab anak lelaki saya mahu melawat tempat-tempat bersejarah di sana.


“Inilah masanya untuk saya luangkan masa bersama anak-anak sebab semuanya cuti serentak,” jelasnya.




Untuk rekod A. Aida pernah mendirikan rumah tangga sebanyak empat kali dan hasil dari kesemua hubungan tersebut dia dikurniakan tiga orang cahaya mata.


Perkahwinan A. Aida dengan penyanyi Ameng pada 1994 dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Wan Aleesya, 27 dan Wan Natasha yang kini berusia 22 tahun.


Pasangan itu bagaimanapun bercerai pada 2003.


Sumber :mStar Online

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top