Ahirine Dedah Pelakon Popular Berstatus Suami Orang Gatal, Siap Lamar Jadi Kekasih Gelap

0

 



Baru-baru ini pelakon cantik tinggi lampai, Ahirine Ahiruddin tidak semena-mena terpalit dengan pergolakan rumah tangga yang membabitkan pasangan selebriti popular, Farid Kamil dan Diana Danielle.


Bagaimanapun, empunya badan sendiri telahpun menafikan gosip liar itu setelah ditemuramah oleh wartawan utusan online, cik bunga.


Mari ikuti hasil tulisan Cik Bunga yang berkesempatan bertemu dengan selebriti cantik manis itu baru-baru ini.


Ahirine ini jenis wanita yang memang tak kuasa nak melayan suami oranglah. Cik Bunga pun dapat tahu yang dia kini sedang berkenalan dengan orang lain.




Cik Bunga dah tengok wajah lelaki tersebut. Memang tampan orangnya, ada kemahiran seni bela diri Muay Thai juga katanya.


Kebetulan dapat bertemu dengan Ahirine baru-baru ini, Cik Bunga sendiri yang bertanya padanya berkenaan gosip dengan Farid. Dalam reaksi wajah hampa, kata wanita berusia 27 tahun ini, dia sendiri pun tak tahu macam mana boleh timbul isu dia jadi penyondol.


Walhal, perkara itu tidak benar. Tak akanlah kerana dia ‘sparring’ Muay Thai dengan Farid maka ia membuktikan dia jalin hubungan dengan aktor itu? Aduhai netizen pun…


Tetapi, kata Ahirine, dalam pada sibuk netizen buat dakwaan sebegitu, sebenarnya Farid bukanlah lelaki yang menggatal dengannya. Tetapi, ada beberapa pelakon popular lain yang buat begitu.




Kata Ahirine, sudahlah berstatus suami orang, ada anak, malah di media sosial pun selalu tayang kebahagiaan dengan keluarga. Namun di belakang isteri, bukan main menggatal dengan wanita lain, siap ajak Ahirine jadi kekasih gelap.


Ada antara pelakon itu berstatus Datuk ya! Ha… ini ada tugasan untuk netizen. Silalah buat gerak kerja mencari siapakah orangnya. Apa pun, Cik Bunga bangga dengan Ahirine sebab tak melayan lelaki-lelaki seperti itu. 


Tetapi, Cik Bunga kesal dengan perangai aktor-aktor yang dimaksudkan. Dah berbahagia dengan anak bini, kenapa nak perjudikan rumah tangga sedia ada? Isterinya sudah tentu tak tahu suami perangai begitu sebab depan-depan baik, pijak semut pun tak mati orang kata.


Bagi Cik Bunga, kalau tentang kecurangan hubungan suami isteri ini, si isteri tak usahlah nak letak kesalahan 100 peratus pada wanita yang jadi orang ketiga. Macam Che Ta pernah cakap, suami kita pun bukanlah suci murni sangat. Selidik betul-betul ye tak? Kadangkala, suami itu yang lagi licik. 


Sumber : Utusan Online

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top