Baru je putus tunang dengan Zarina Anjoulie, Datuk Khazrul tayang kekasih baru? Cantik sangat orangnya

0

 



Datuk Khazrul Elzey, bekas tunang kepada pelakon Zarina Anjoulie, telah memuat naik gambar seorang wanita di akaun TikTok miliknya baru-baru ini. 


Gambar tersebut telah menimbulkan tanda tanya dari netizen kerana kapsyen yang ditulis oleh Khazrul tidak menjelaskan hubungannya dengan wanita tersebut.


“Im fallin in love with you #mimi. Thank you #Allah,” tulisnya.




Berkaitan dengan hal ini, terdapat beberapa individu yang memberikan pendapat dan reaksi mereka di ruangan komen. 




Ada yang bertanya samada wanita tersebut bakal menjadi ibu kepada anak perempuan Khazrul, iaitu Julia Sharapova. Khazrul mengesahkan bahawa dia sedang menjalin hubungan cinta dengan wanita yang dikenali sebagai Mimi.


Namun, terdapat juga segelintir individu yang menyatakan bahawa Khazrul sedang mencari pengganti dengan cepat.


 Sementara itu, ada juga yang berharap agar hubungan mereka dapat berkekalan dan mendoakan kebahagiaan serta mengucapkan tahniah atas hubungan baru tersebut.





Terdahulu, Khazrul pernah mengikat tali pertunangan dengan Zarina Anjoulie atau mesra di sapa Anju.


Namun, hubungan tersebut tidak berpanjangan apabila mereka mengambil keputusan untuk berpisah.


Sumber : XTRA

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top