Kereta bertembung lori, budak 5 tahun meninggaI dunia, 4 mangsa lain parah

0

 



Seorang kanak-kanak maut, manakala empat lagi selamat apabila kenderaan jenis Perodua Viva yang dinaiki mereka terlibat kemalangan jalan raya dengan sebuah lori tiga tan di Jalan Kampung Bukit Yong, di sini, semalam.


Enam anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh dikejarkan ke lokasi kejadian bersama sebuah jenteri FRT sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 3.14 petang.


Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Nik Amran, kemalangan tersebut melibatkan lima mangsa yang menaiki Perodua Viva dengan dua daripadanya telah tersepit.


Mangsa yang tersepit iaitu seorang lelaki dewasa, 33, dan seorang wanita dewasa, 34, berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba, namun kedua-duanya cedera parah.




Sementara itu, tiga lagi mangsa kanak-kanak lelaki berusia enam hingga 10 tahun telah dikeluarkan oleh orang awam.


"Mangsa yang maut berusia lima tahun, dua lagi selamat dengan seorang cedera parah, 10, dan seorang cedera ringan, 6," katanya.


Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


Sementara itu, dua lagi individu yang menaiki lori berkenaan tidak mengalami kecederaan.


Operasi menyelamat tamat pada pukul 3.59 petang.


Sumber : Berita RTM

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top