"Lagu saya dah trending di Youtube, jadi apa yang ingin dinafikan saya artis nombor 1,” - Aliff Syukri rayu lagu raya nyanyiannya dimainkan di setiap corong radio

0

 



Aliff Syukri Kamarzaman, yang dikenali sebagai pemilik nama Aliff Syukri, meluahkan kekecewaan beliau terhadap penerimaan orang ramai terhadap suara nyanyiannya yang layak untuk dikategorikan sebagai 'penyanyi nombor 1 Malaysia'. 


Beliau menganggap bahawa lagu raya terbaharu nyanyiannya sepatutnya dimainkan di setiap stesen radio tempatan kerana mempunyai suara yang lembut dan merdu.


“Tolong ya radio-radio dekat tv (televisyen) semua, cepat pasang aku punya lagu. Aku dah penat dah ni menyanyi ni, suara pun sedap.


“Tapi kenapa radio dengan tv tak pasang lagu aku? Tolonglah aku merayu,”ujarnya.





“Saya nak mewajibkan semua televisyen dan radio memutarkan lagu raya Chu Khun Cu Raya.


“Apa kurang saya sebagai penyanyi. Tolong kena adil kat semua penyanyi. Lagu saya dah trending di Youtube, jadi apa yang ingin dinafikan saya artis nombor 1,”tulisnya di ruangan hantaran tersebut.


Mereka turut menegaskan bahawa lagu raya haruslah mempunyai elemen kegembiraan dan kemeriahan, bukanlah lagu yang menimbulkan kontroversi atau tidak bersesuaian dengan suasana sambutan Hari Raya. 


Ramai yang berharap agar para pengelola radio dan televisyen berhati-hati dalam memilih lagu-lagu yang disiarkan untuk memastikan keserasian dengan tema perayaan.


Sumber : OMM



Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top