Netizen salah faham dengan surat terbuka ditulis Syada Amzah kepada bapanya

0

 



Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila adik kepada Shila Amzah iaitu Syada Amzah ada membuat satu perkongsian di media sosial memaparkan dia menulis surat terbuka kepada bapanya.


Tindakannya membuat surat terbuka itu kerana keluarganya tidak dapat menghubungi bapanya dan terpaksa meluahkan kebimbangan mereka melalui surat terbuka tersebut.


Dalam perkongsian itu, Syada menitipkan ucapan ulang tahun ke-62 dan selamat hari raya. Kata Syada, mulai hari ini, tak ada lagi foto bersama bapa mereka.



Ayah, tak ada lagi foto ayah bermula hari ini. Saya menulis surat terbuka sebab tak ada sesiapa ada akses untuk bercakap dengan ayah. Pertama sekali, selamat hari jadi yang ke-62 tahun. Terima kasih di atas segala pengorbanan untuk membesarkan kami empat beradik. Mewakili adik beradik yang saya ada (kakak, Shafiq, Syahir dan saya), kami dah terima hakikat apabila ayah pilih untuk pergi, lagi sekali, ayah tak pilih kami. Kami dah lama tahu tapi sekarang semuanya dah jelas. Semoga itu semoga ini dengan hidup yang ayah pilih. Selamat hari raya.


Perkongsian itu telah menjadi viral dan mendapat pelbagai respon dari netizen dan juga rakan artis.




Namun dalam banyak-banyak komen yang ditinggalkan netizen ada segelintir netizen yang salah faham dengan niat Syada menulis surat terbuka itu dan menuduhnya telah membuang bapa sendiri dalam hidupnya.


"Ayah tu tetap ayah.


Bertenang sudah. Hang nak kahwin nanti pun tetap cari bapak jugak sebagai wali."


Tak ingin ramai yang tersalah faham dengan perkongsiannya itu, Syada turut membalas beberapa komen yang mempertikaikan tindakannya membuat surat terbuka kepada bapa sendiri.


"Nauzibillahiminzalik, takkan buang bapa. Salah faham ni, bapa yang buang kami.

I takde kata “you’re my dad anymore” ke?


Sudah diikhtiar untuk berbulan, sekarang mampu tawakal saja."





Mungkin ada yang salah faham dengan ayat "Dad, theres no photo of you from today" dalam surat terbuka Syada Amzah untuk bapanya.


Kenyataan Syada tu bukan bermaksud dia buang bapanya tapi dia nak beritahu yang bapanya tidak mengendahkan keluarganya.


Kredit: Instagram Syada Amzah via ohmedia
Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top