Pasangan kekasih berkelakuan jelik dalam kereta direman dua hari

0

 



Pasangan kekasih yang tular di media sosial kerana disyaki melakukan perbuatan jelik dalam kenderaan direman dua hari.


Perintah tahanan reman yang bermula hari ini dikeluarkan Majistret Noorfazlin Hamdan selepas menerima permohonan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.


Semalam, Ketua Polis Daerah Seri Alam Superintenden Mohd Sohaimi Ishak dilaporkan berkata, pasangan berusia 22 dan 17 tahun itu ditahan secara berasingan di Taman Johor Jaya dan Taman Kota Masai antara 4.15 petang hingga 5.15 petang semalam.


Terdahulu, mereka didakwa berkelakuan jelik dalam kereta jenis Perodua Axia di kawasan tempat letak kenderaan di Taman Kota Masai, Pasir Gudang pada 3.03 petang, 29 Mac lalu.




Polis Berjaya Tahan Pasangan Kekasih Lakukan Aksi Jelik Dalam Kereta


Polis dilaporkan berjaya menahan dua orang suspek pasangan remaja yang berkelakuan jelik di sebuah tempat awam di Johor Bahru.


Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Mohd Sohaimi Bin Ishak, penangkapan tersebut dibuat selepas video kelakuan jelik kedua pasangan itu tular di media sosial.


“Pihak polis telah mengesan satu video tular dimuatnaik melalui media sosial berdurasi 23 saat berkait rakaman video perbuatan pasangan berkelakuan melanggar kesopanan di tempat awam,” ujarnya.


Selepas siasatan lanjut dijalankan, polis mendapati kejadian itu berlaku kira-kira jam 3.03 petang pada 29 Mac yang lalu.



Perbuatan itu didakwa telah dilakukan pasangan muda tersebut di dalam sebuah kereta di tempat letak kenderaan di kawasan Taman Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.


Bertindak atas maklumat siasatan, polis telah berjaya menahan pasangan tersebut pada 6 April antara jam 4.15 petang hingga 5.15 petang di kawasan Taman Johor Raya dan Taman Kota Masai, Pasir Gudang.




Berdasarkan kenyataan polis, pelaku merupakan lelaki tempatan berusia 22 tahun bersama seorang lagi remaja perempuan berusia 17 tahun.


Semakan polis mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan jenayah lampau.


Selain penangkapan dibuat, beberapa barangan milik suspek juga telah dirampas oleh polis bagi membantu siasatan.


Antara barangan yang dirampas adalah sebuah kereta jenis Perodua Axia berwarna merah dan sehelai t-shirt warna putih merah.


Kes tersebut sedang disiasat dibawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh dua tahun.



Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top