'Penyondol' rumah tangga ND Lala akhirnya didedahkan Fauziah Sarman

0


 

Status terbaru Fauziah Sarman, isteri kepada penyanyi dan pelakon lelaki era 80-an, ND Lala yang didakwa berpoligami menimbulkan persoalan di kalangan warganet.


Fauziah menerusi hantaran Instagramnya hari ini memuatnaik sekeping gambar seorang wanita bersama keterangan gambar yang mempunyai maksud mendalam.


"Penyondol...Siti Munirah Abdul Ghani ndlalaofficial," tulisnya.


Keterangan ringkas ini ternyata menerima respon daripada pengikutnya yang terkejut dengan apa yang dipaparkan.



Ia mencetuskan spekulasi sama ada wanita terbabit adalah 'madunya'.


Fauziah bagaimanapun tidak memberi sebarang respon terhadap komen pengikutnya.


Persoalan turut timbul apabila dia bertindak memadamkan gambar-gambar suaminya serta tidak lagi mengikuti ND Lala di Instagram.


Difahamkan Siti Munirah bukanlah asing kepada keluarga Fauziah dan ND Lala kerana dia adalah rakan sekolah Shila Amzah.


Mereka sama-sama pernah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Setapak Indah dan Siti Munirah sering berkunjung ke rumah mereka untuk majlis-majlis tertentu terutama keluarga.




Malah, Shila pernah memuatnaik hantaran di Instagramnya yang sedang mencari Siti Munirah.


Terdahulu cubaan Harian Metro menghubungi ND Lala untuk mendapatkan penjelasan berkenaan perkara ini tidak berjaya apabila dia tidak memberi sebarang balasan.


Akhir Februari lalu, Harian Metro melaporkan seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular era 80-an dikatakan bernikah lagi satu secara rahsia.


Difahamkan isteri barunya itu masih muda dan mempunyai perbezaan usia yang jauh dengan artis terbabit.


Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top