‘Puteri Sarah sudah melampau sangat, tak reti tutup aib suami sendiri’ - Netizen

0

 


Baru-baru ini, Puteri Sarah telah memuat naik status di Instagram Stories, mendedahkan bahawa dia telah dihalang semula oleh suaminya, Syamsul Yusof di aplikasi WhatsApp selepas dia berkeras untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap isteri kedua Syamsul, Ira Kazar dan keluarganya. 


Dalam status tersebut, Sarah menunjukkan rasa kemarahan terhadap Syamsul yang dikatakan sering memihak pihak sana, dan berharap agar seluruh keluarga Ira, termasuk pengarah terkenal itu, akan dipenjarakan suatu hari nanti.



Status tersebut telah menarik perhatian ramai dan mendapat sokongan dari banyak orang untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap Ira Kazar yang didakwa sering mengganggu kehidupan Puteri Sarah. 


Namun, terdapat juga beberapa individu yang merasa bahawa kata-kata yang digunakan oleh Sarah terhadap suaminya, Syamsul Yusof, adalah berlebihan kerana mereka masih berstatus suami isteri.




Beberapa individu yang kurang gemar dengan Puteri Sarah berpendapat bahawa sebagai seorang isteri, Sarah sepatutnya menutup aib suaminya sebaik mungkin walaupun perbuatan yang dilakukan olehnya sangat teruk. 


Ada juga yang memberinya nasihat untuk meneruskan hidup dan melupakan hal yang buruk untuk kebahagiaan masa depan.


Sehubungan itu, pada hari sebelumnya, Syamsul Yusof mengambil tindakan mengejut dengan enggan menceraikan Puteri Sarah berhubung isu nafkah anak dan saman terhadap Ira Kazar.


Sumber : Beautifulnara


Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top