Saya Lebih Selesa Tak Bertudung, Inilah Diri Saya Yang Sebenar, Kata Alya Iman

0

 



“Saya cuma mahu tunjukkan diri yang sebenar.”


Demikian respons pelakon, Alya Iman selepas mengejutkan orang ramai dengan penampilan tidak bertudung pada 1 Syawal lalu.


Menurut Alya atau nama lengkapnya Nur Alya Iman Azmil, 22, tindakannya berkongsi tentang penampilan terbaharu kerana  enggan terus menipu tentang diri sendiri dalam media soaial.


Tidak mengambil pusing mengenai kecaman orang ramai, dia tidak menghalang mana-mana individu untuk membenci penampilan baharunya itu.


“Kenapa mahu menipu dalam media sosial? Sudah-sudahlah jadi hipokrit dan membohongi semua orang.




“Inilah diri saya yang sebenar. Terpulang untuk menerima dan jika tidak suka pun tak mengapa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online hari ini.


Dalam pada itu, anak kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha itu sememangnya lebih selesa dengan imej tidak berhijab ketika ini.


“Keputusan untuk tidak berhijab untuk beri peluang orang ramai kenal diri saya yang sebenar bahkan memang lebih selesa tak bertudung dalam kehidupan seharian.


“Kali ini saya sedar dan tidak mahu menjadi hipokrit serta terus membohongi semua orang,” ujarnya.


Dia juga tidak mempunyai alasan tersendiri tentang pemilihan tarikh 1 Syawal untuk  berkongsi kepada umum mengenai imej terbaharunya itu.



Alya bagaimanapun berbuat demikian selepas mendapat persetujuan daripada ahli keluarga dan teman rapatnya.


“Tiada alasan yang khusus mengapa saya tampil tidak bertudung pada 1 Syawal lalu.


“Keputusan itu dilakukan selepas berbincang dengan keluarg dan teman rapat, mereka bersetuju sahaja,” kongsinya lagi.


Terdahulu, pada 1 Syawal lalu Alya mengejutkan ramai selepasn memuat naik hantaran memaparkan dia tidak lagi bertudung. – KOSMO! ONLINE

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top