Saya Tak Pernah Abai Nafkah Anak, Siap Bayar Lebih Lagi, Kata Sam Bunkface

0

 


Penyanyi Sam Bunkface telah menjelaskan situasi sebenar mengenai pertikaian hak penjagaan anak antara dirinya dan bekas isterinya, Aida Azira Husin.


Dalam satu video yang dikongsikan, Sam menyatakan bahawa dia tidak pernah gagal dalam melunaskan bayaran nafkah terhadap anak mereka, Maleeq, walaupun pendapatannya terjejas semasa pandemik COVID-19.



“Saya tak pernah langsung mengabaikan nafkah anak saya sebulan pun. Saya siap bayar lebih. Maleeq dijaga secara bersama iaitu saya dua minggu manakala selebihnya bersama bekas isteri. Dia (bekas isteri) minta saya bayar RM1,300 untuk dua minggu… logik tak saya minta pindaan ini?


“Semasa musim PKP pendapatan saya terhad dan perniagaan saya juga terjejas tapi saya masih laksanakan tanggungjawab dengan baik,” katanya.


Sam Bunkface mengatakan bahawa dia memberikan penjelasan tersebut selepas tidak berpuas hati dengan kenyataan bekas isterinya, Aida Azira Husin, kepada media mengenai permohonan pindaan nafkah yang dia buat. 


Aida meminta Sam membuktikan bahawa dia tidak mempunyai pendapatan yang mencukupi dan kurang tawaran persembahan. 


Sam mengatakan bahawa semua bukti ketidakmampuan untuk memenuhi tuntutan nafkah yang terlalu tinggi sudah diserahkan kepada pihak mahkamah. 


Selain itu, Sam menafikan tuduhan bahawa kali terakhir dia berjumpa dengan anak mereka Maleeq adalah lima hingga enam bulan lepas. Dia mendakwa Aida sengaja menyukarkan proses pertemuan dia dan Maleeq memandangkan anak itu sekarang dibawah jagaan neneknya di Melaka.


“Kali terakhir saya jumpa Maleeq tiga bulan lepas dan memang ada halangan. Aida letak Maleeq di Melaka tapa pengetahuan saya.


“Sebulan lebih saya tanya tapi dia suruh saya bercakap dengan peguamnya. Anak saya duduk di Melaka dan saya terpaksa berurusan dengan neneknya,” katanya.


Sam dan Aida berkahwin pada 25 April 2015 namun bercerai pada Januari 2019. Mereka dikurniakan seorang cahaya mata Maleeq kini berusia enam tahun


Sumber : Rotikaya

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top