Syamsul tuntut nusyuz terhadap isteri pertamanya di mahkamah pagi ini

0

 



Syamsul Yusof, yang juga seorang pengarah filem popular di Malaysia, hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur untuk sebutan kes nusyuz yang terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana pada 21 Mac lalu. 


Pada hari itu, Syamsul memakai baju-T dan blazer berwarna biru gelap dan tiba di mahkamah pada jam 9.10 pagi dengan diiringi peguamnya, Azmi Mohd Rais. 


Sekitar 20 pengamal media dari pelbagai agensi telah berkumpul di pekarangan mahkamah seawal jam 8 pagi untuk membuat liputan terhadap kes tersebut. 




Dalam kenyataannya, Syamsul menjelaskan bahawa dia hadir untuk menyelesaikan masalah rumah tangganya yang berlaku selama ini.


"Doakan yang baik-baik, saya pun taknak cakap banyak di bulan Ramadan ini," katanya kepada media.


Puteri Sarah tidak hadir pada hari keputusan dan diwakili oleh peguam Datuk Akberdin Abdul Kader. 


Syamsul sebelum ini memfailkan tuntutan nusyuz pada 21 Mac dengan alasan Puteri Sarah masih berhubung dengan bekas kekasihnya yang sudah berstatus suami orang.




Selain itu, antara alasan yang dikemukakan Syamsul ialah Puteri Sarah meninggalkan rumah pada Oktober 2020, enggan mematuhi notis nusyuz, memfitnahnya memukul dan tidak memberi nafkah. 


Syamsul dan Puteri Sarah telah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Syaikhul Islam yang berusia 6 tahun dan Sumayyah yang berusia 4 tahun.


Sumber : Harian Metro



Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top