Tak Ada Lagi Foto Bersama Bapa Lepas Ini, kata Syada Amzah

0

 


Baru-baru ini, isu keretakan rumah tangga antara pasangan Dato' ND Lala dan Datin Fauziah Sarman telah menjadi topik hangat di media sosial. 


Menurut pengakuan Fauziah sendiri, suaminya didakwa telah berkahwin dengan wanita lain. Ibu kepada penyanyi terkenal Shila Amzah itu turut dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai di mahkamah.


Kemudian, adik Shila iaitu Syada turut memuat naik surat terbuka kepada bapanya. Beliau membuat pengakuan bahawa keluarganya tidak dapat menghubungi bapanya dan terpaksa meluahkan kebimbangan mereka melalui surat terbuka tersebut.




Dalam perkongsian itu, Syada menitipkan ucapan ulang tahun ke-62 dan selamat hari raya. Kata Syada, mulai hari ini, tak ada lagi foto bersama bapa mereka.


Ayah, tak ada lagi foto ayah bermula hari ini. Saya menulis surat terbuka sebab tak ada sesiapa ada akses untuk bercakap dengan ayah. Pertama sekali, selamat hari jadi yang ke-62 tahun. Terima kasih di atas segala pengorbanan untuk membesarkan kami empat beradik. Mewakili adik beradik yang saya ada (kakak, Shafiq, Syahir dan saya), kami dah terima hakikat apabila ayah pilih untuk pergi, lagi sekali, ayah tak pilih kami. Kami dah lama tahu tapi sekarang semuanya dah jelas. Semoga itu semoga ini dengan hidup yang ayah pilih. Selamat hari raya.







Meskipun ucapan hanyalah ringkas, namun ianya cukup untuk meruntun hati sesiapa yang membacanya. Di ruangan komen, para pengikut termasuk rakan artis memberikan kata-kata semangat untuk Syada dan keluarga.


Sumber : Ohmedia

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top