(VIDEO) Celup Kuah Ayam Percik Dalam Tong Hitam, Netizen Kembang Tekak Nak Tonton Video Ni

0

 



Setiap kali tiba bulan Ramadan, kunjungan ke bazar Ramadan pasti menjadi kegemaran ramai. Bukan sahaja menikmati pelbagai hidangan dijual, malah banyak juga yang berpeluang berniaga makanan untuk mencari rezeki tambahan.


Namun, baru-baru ini, sebuah video di Instagram menunjukkan seorang peniaga ayam percik meletakkan sos ayam percik dalam tong sampah, menjadi tular di media sosial. 


Dalam video itu, peniaga tersebut dilihat mencelupkan ayam ke dalam kuah percik yang terletak dalam tong sampah sebelum membakarnya.




Walaupun tong sampah itu dianggap bersih, netizen berpendapat tidak sesuai untuk meletakkan makanan kerana tong sampah identik dengan tempat untuk membuang sampah. 


Ada juga yang berpendapat penggunaan tong sampah tersebut tidak selamat kerana bahan kimia, dan terdapat juga netizen yang mengeluhkan tentang keselamatan makanan dan kebersihan.






Video kejadian : 



Sumber : Gulapop

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top