Walau Terpalit Kontroversi Curang Dengan Staff Sendiri Ketika Isteri Bantang, Peminat Setia Tetap Beri Sokongan Padu Pada View Chin

0

 



Skandal antara pempengaruh TikTok dan pemilik perniagaan, View Chin, dan pekerjanya, Mira, masih menjadi tajuk perbualan hangat di kalangan netizen di media sosial.


Netizen rata-ratanya memberikan kecaman yang hebat kepada mereka berdua setelah isteri View Chin yang dikenali sebagai Ah Moi membongkarkan kecurangan suaminya itu.


View Chin dan Mira terus menerima kecaman dan kritikan hebat di media sosial, namun beberapa pengikut View Chin masih memberikan sokongan dan doa untuknya. 


Di antara screenshot mesej yang dikongsi oleh View Chin, banyak pengikutnya menyatakan sokongan dan memberikan nasihat kepada View Chin untuk mengambil keputusan yang terbaik bagi dirinya dan keluarganya. 


View Chin juga menerima beberapa mesej peribadi daripada pengikutnya yang memberikan kata-kata semangat dan doa untuk menguatkan semangatnya pada masa ini.







Dalam pada itu, dia turut meminta maaf kerana telah membuatkan peminatnya kecewa selain berterima kasih kerana sering memberi sokongan.


Ketika ditanya sama ada apa yang berlaku seperti didedahkan oleh Ah Moi itu benar atau tidak, dia menjawab,


"Saya tak boleh cakap apa apa tapi moment ini akan lepas punya. Kekal positif.”




Sumber :Beautifulnara

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top