Haqiem, isteri saman stesen minyak punca kerosakan kereta

0

 




Isteri penyanyi Haqiem Rusli, Anis Sofea kini dalam proses mengambil tindakan undang-undang terhadap sebuah stesen minyak di Terengganu selepas mendakwa tidak mahu bertanggungjawab kerana atas kerosakan pada keretanya.


Kata Anis atau nama sebenarnya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri mendakwa kereta jenis Mercedes yang dinaiki bersama Haqiem tidak dapat bergerak selepas mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Kuala Berang, Terengganu pada 17 Mac lalu.


"Ketika itu, saya hanya isi minyak kereta seperti biasa sahaja, tetapi mungkin pihak stesen tidak memeriksa tangki yang menyalurkan minyak.


"Kemudiannya, apabila kereta mula bergerak dalam 100 meter, tiba-tiba ia keluarkan tanda amaran mengenai kerosakan yang berlaku enjin.



"Kereta tiba-tiba tidak boleh bergerak di tengah lebuh raya. Malah, kejadian seperti itu tidak pernah berlaku ketika kami mengisi minyak di mana-mana stesen lain.


"Nasib baik ada orang sedang membaiki jalan dan kami mencelah di kawasan itu untuk parkir kereta buat sementara waktu.




"Kami terpaksa tunggu kira-kira 4 jam sebelum trak tunda sampai untuk bawa kereta ke bengkel di Kuala Terengganu, Terengganu," dakwanya kepada BH Online.


Mengulas lanjut, Anis mendakwa, pihak bengkel memaklumkan dalam tangki minyak kereta mempunyai air yang dipercayai masuk ketika mengisi minyak di stesen berkenaan dengan kos membaikinya mencecah RM50,000.



Malah, Anis mendakwa, lebih memburukkan keadaan apabila pihak stesen minyak tidak mahu memberi kerjasama dan tidak membalas mesej yang dihantar.


"Pada 19 Mac lalu, pihak bengkel maklumkan kepada kami bahawa kereta mengandungi air yang banyak dalam tangki minyak dan anggaran kos membaikinya kira-kira RM50,000.


"Sebelum ini, pihak stesen minyak ada maklumkan, mereka mahu memberikan kerjasama, tetapi akhirnya tiada sebarang maklum balas selama lebih sebulan. Perkara itulah yang membuatkan kami marah sebab kereta ini baru sahaja digunakan dua tahun.





"Kami sudah buat laporan polis dan kes ini juga akan dibawa ke mahkamah dalam masa terdekat. Cuma, sekarang kami masih perlu melantik peguam untuk membuat tuntutan kepada pihak stesen minyak berkenaan," dakwanya.


Dalam masa sama, Anis berharap pihak terbabit tidak mengabaikan tanggungjawab mereka kerana pelbagai kekangan yang dihadapi ketika ini akibat ketiadaan kereta.


"Sekarang kerja banyak tergendala disebabkan tiada kereta tiada, itulah satu-satunya kereta yang kami ada.


"Jadi, memang susah sekarang ini. Kami berharap pihak stesen minyak dapat bertanggungjawab terhadap isu ini," katanya.

Sumber :BH Online
Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top