Sedangkan lautan sanggup ku redah, inikan pula setakat kulit, jangan bimbang sayang, kata Iqbal

0

 



"Sedangkan lautan sanggup ku redah, inikan pula setakat kulit; yang putih kita hitamkan, yang hitam kita putihkan. Jangan bimbang Sayang."


Itu reaksi Iqbal Zulkefli menerusi ruangan komen di laman Facebook (Fb) Harian Metro susulan kenyataan 'Inspektor Sheila' atau nama sebenarnya Sheila Sharon Steven Kumar, 35, yang hairan apabila pempengaruh berkenaan menyatakan hasrat untuk berkenalan dengannya yang berkulit hitam.


Komen itu mendapat perhatian netizen malah ada yang mengusik dan mendoakan Iqbal dan Sheila bertemu jodoh.


"Ikan di laut asam di darat dalam periuk bertemu juga..semoga bertemu jodoh.," tulis pengguna Fb, Ali Mazlan.




"Kalau tiada hitam, mana mungkin ada putih..semoga dipermudahkan segala urusan idola," tulis seorang lagi pengguna Fb, Aswaq Noor.


Portal Harian Metro hari ini melaporkan reaksi Sheila terhadap isi hati diluahkan Iqbal di Instagram (IG) story, semalam.


Menerusi hantaran dimuat naik, Iqbal secara terbuka meluahkan isi hatinya untuk mengenali Sheila dengan lebih dekat dan percaya wanita itu memiliki sifat lembut di sebalik ketegasannya.




Reaksi Iqbal itu susulan perkongsian Sheila di Fb beberapa hari lalu yang menyatakan hasratnya mencari teman hidup tanpa mengira umur, agama, bangsa dan kerjaya.


Sheila dalam temubual eksklusif dengan Harian Metro bagaimanapun menyatakan dia tidak tahu apa motif Iqbal mahu berkenalan dengannya.


Menurut Sheila, dia juga tidak mengenali Iqbal secara peribadi atau menerima sebarang kiriman mesej daripada pempengaruh berkenaan.


Sumber : Harian Metro

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top