Tengok filem apa sampai tertanggal seluar dalam? Individu Tercicir ‘Spender’ Di Panggung Wayang Buat Netizen Terkejut

0

 


Amalan tak elok buang sampah merata-rata, termasuk dalam panggung, memang dah jadi adat yang susah nak ubah. Baik sisa makanan, minuman, atau sampah sarap macam tisu, kerap kali ditinggal kat tempat duduk lepas tengok wayang.


Yang terbaru, memang menggelegak bila ada orang yang sanggup 'tinggalkan' seluar dalam di dalam pawagam.



"Sila tuntut seluar dalam siapa ni," tulis seorang lelaki menerusi satu perkongsian di TikTok.


Individu berkenaan turut berkongsi sekeping gambar menunjukkan sehelai seluar dalam putih yang tercicir di bawah tempat duduk di sebuah pawagam.


Kelihatan seorang pekerja pembersihan bersama penyapu dan penyodok berdiri berhampiran seluar dalam berkenaan.


Pengguna akaun TikTok itu turut mengambarkan bentuk badan pemiliknya berdasarkan saiz seluar dalam yang ditemui.


"Pasti orangnya gemuk," katanya tanpa mendedahkan bila dan lokasi pakaian dalam itu ditemui.


Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan penemuan seluar dalam di dalam pawagam kerana kebiasaannya hanya sampah-sarap biasa yang ditemui.


Mereka menyifatkan perkara tersebut sebagai sesuatu yang lucu.


"Apa sudah jadi dengan dunia hari ini? Dulu orang tinggalkan botol minuman atau bekas pop corn, tapi sekarang orang tinggalkan seluar dalam. Trend baharu ni.


"Salah bawa tu. Dia bikin lap air mata girlfriend dia. Sekali perasan spender bukan sapu tangan.


"Apa hal sampai seluar dalam boleh tertanggal ni? Filem apa ni yang dia tengok?


"Longgar kot, getah seluar dalam tu tercabut," demikian antara komen netizen.


Sumber : mStar Online

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top