Kronologi kes pembunuhan eksekutif operasi bank, Zahrullail Basir, 52, yang ditemukan di dalam rumah dengan tiga kesan tikaman di bahagian perut, payu udara kiri serta tapak tangan kiri.
1-Kejadian itu dipercayai berlaku sekitar awal pagi tadi sebelum salah seorang anak mangsa menemukan ibunya tidak sedarkan diri dan berlumuran darah.
2-Pemeriksaan awal mendapati tikaman dipercayai akibat senjata tidak dikenal pasti dan kemungkinan gunting atau pisau.
3-Pasukan Forensik dan Unit K9 telah hadir bersama bantu siasatan. Pemeriksaan mendapati terdapat tiga kesan tikaman iaitu di bahagian perut dan atas payudara kiri selain cedera di pergelangan tangan.
4-Terdapat kesan luka di bahagian kepala dan muka selain lebam di bahagian bahu kiri dan atas dahi serta luka di tapak tangan kiri," katanya.
5-Motif pembunuhan masih dalam siasatan dan suspek dipercayai anak mangsa sendiri.
6-Hasil pemeriksaan juga mendapati sebuah beg tangan mengandungi barang kemas, sejumlah wang tunai dan telefon bimbit didapati hilang.
7-Dalam masa yang sama, usaha mengesan suspek terlibat selain meminta penama Amirul Shafiq Shamsul Zahari, 29, yang juga anak sulung mangsa untuk tampil membantu siasatan.
Update: Suspek telah ditahan sekitar jam 8.34 malam tadi ketika menaiki sebuah bas persiaran menuju ke Selangor.




