12 Sami Terkorban, Sekumpulan Sami Dirempuh Ketika Berjalan Kaki

encik gotenks
0

 



Sekumpulan 30 sami yang sedang berjalan seperti kebiasaan. Langkah mereka tersusun, suasana damai... sebelum semuanya berubah dalam beberapa saat yang mengundang pilu.

Sebuah kenderaan tiba-tiba merempuh kumpulan sami berkenaan, mencetuskan detik yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Dalam kekalutan itu, jeritan dan suasana cemas menyelubungi lokasi kejadian.

Lebih menyayat hati, kejadian itu dilaporkan berpunca apabila seorang kanak-kanak berusia antara 10 hingga 15 tahun dipercayai mengambil dan memandu kereta milik bapanya sebelum kenderaan tersebut melanggar kumpulan sami terbabit.

Menurut maklumat yang dikongsikan, 12 orang sami disahkan meninggal dunia dalam tragedi berkenaan, manakala mangsa lain turut terlibat dalam insiden yang mengejutkan itu.


Video min ada letak kt ruangan komen.. tak sanggup nak tengok weh!!

Berita tersebut pantas tular di media sosial dan mengundang rasa sedih serta simpati daripada orang ramai. Ramai meluahkan rasa tidak sanggup melihat keadaan di lokasi kejadian, malah ada yang menyifatkannya sebagai antara tragedi paling menyayat hati yang pernah berlaku.

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top