Hampir menyamai rekod Tan Sri P. Ramlee, Farid Kamil Luahkan Keinginan Untuk Bersara

Anonymous
0

 




Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba berterbangan gossip kononnya pelakon versatile, Farid Kamil membuat kejutan apabila mengumumkan dirinya sudah bersedia bersara daripada industri hiburan pada bila-bila masa.


Bagaimanapun, Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari, 40, memaklumkan keputusan itu dibuat bukan disebabkan tekanan akibat kontroversi membabitkan dirinya sebelum ini.


Sebaliknya, katanya, keputusan itu akan menjadi kenyataan apabila kehadirannya dalam industri seni sudah tidak diperlukan.


"Saya sudah bersedia untuk bersara pada bila-bila masa jika sudah tidak diperlukan lagi. Apakan daya, takdir juga menentukan segala-galanya.




"Sebagai pelakon, modal kita pada instrumen iaitu tubuh badan. Kalau tidak mampu memberikan alunan atau getaran sama, bermakna di situlah titik yang menjadi pemisah untuk bersara atau sebaliknya," katanya pada sidang media drama Masih Ada Rindu secara virtual, hari ini.


Memetik laporan dari berita harian, Pengarah filem itu turut memaklumkan alasan lain yang membuatkannya terdetik meninggalkan dunia seni selepas cita-cita yang diimpikan selama ini hampir terlaksana.


"Impian saya membintangi 100 filem. Sedar tak sedar hingga hari ini, saya sudah membintangi 60 filem, lagi enam akan menyamai rekod Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee.


"Lagipun sebagai hero filem di Malaysia, sejauh mana seseorang pelakon mampu bertahan? Apapun, ia berbalik kepada rezeki masing-masing," ujar suami kepada aktres Diana Danielle itu.



Antara filem pernah dibintangi aktor tinggi lampai itu termasuklah Mistik, 7 Perhentian, Remp-It, Anak Halal, Lagenda Budak Setan, J Revolusi dan akan datang Remp-It 2.

Tambah Farid, pembabitan anak sulungnya, Muhammad dalam dunia perfileman memberi isyarat yang dirinya sudah sepatutnya bersedia mengucapkan selamat tinggal kepada dunia seni.


"Apabila bercakap soal pelakon bersara ini agak sukar kerana tiada peringkat umur tertentu untuk berbuat sedemikian. Tetapi, apa yang saya cuba disampaikan adalah saya sudah bersedia.


"Tindakan menampilkan hero baharu iaitu anak sulung, Muhammad, 8, dalam filem Remp-It 2 secara tidak langsung menunjukkan saya boleh meninggalkan legasi kepada anak dalam bidang seni," ungkapnya.

Sumber : berita harian



Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top