Allah Pilih Nadir Wakil Kita Di Gaza, kata Firdaus Wong

Anonymous
0

 


Pendakwah bebas, Firdaus Wong menyifatkan Presiden Cinta Gaaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman sebagai insan terpilih mewakili rakyat Malaysia di Gaaza.


Menerusi perkongsian di Twitter, Firdaus berkongsikan perbualannya bersama Nadir dimana beliau mahu memberikan sedikit saguhati kepadanya selepas program Townhall.


Bagaimanapun, Nadir menolak wang saguhati berkenaan tetapi meminta untuk menyumbang kepada CGM. Mendengar jawapan tersebut, Firdaus mendoakan semoga Allah merahmati dan memelihara Nadir.


“Selesai program, saya minta Nadir bagi nombor akaun peribadi untuk kami berikan sedikit saguhati kepadanya. Dia menjawab, tak mengapa ‘bro, it’s okay’,nak sumbang, bagi dekat Cinta Gaaza Malaysia.


“Dalam hati saya, Allah pilih dia (Nadir) jadi wakil kita di Gaaza, moga Allah rahmati dan pelihara kamu, saudaraku Nadir,” tulisnya.


Terdahulu, Nadir memberi penjelasan mengenai soalan diajukan Ustaz Ebit Lew berkenaan sumbangan rakyat Malaysia sebanyak RM20 juta setahun kepada Presiden Cinta Gaaza Malaysia (CGM).


Menerusi sesi live Townhall yang diadakan 12 tengah hari tadi, Nadir menafikan menerima sumbangan RM20 juta setiap tahun.

 

SUMBER  KOSMO! via ROTIKAYA

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top