Kalau yang baru-baru nak jadi NGO bantu PaIestin, bersama-samalah dengan NGO berpengalaman, pesan Nadir Al-Nuri

Anonymous
0

 


Badan bukan kerajaan (NGO), Cinta Gaaza Malaysia bukan sekadar mahu membantu rakyat PalIestin dari segi keperluan asas namun turut mahu mencari penyelesaian kepada konfIik yang berlaku di PalIestin.


Dalam sesi townhall, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, pihaknya sentiasa wujudkan hitam putih untuk menguruskan organisasi itu dengan lebih profesional.


“Kita mahu mengurus NGO secara profesional seolah-olah kita menguruskan perniagaan sendiri dan sanggup untuk mengurus kerja dengan berkesan termasuk kerja lebih masa dan sentiasa mengutamakan penerima-penerima manfaat daripada NGO ini.


“Untuk NGO ini, kami bukan sekadar mahu berikan bantuan secara one-off tetapi kami juga berusaha untuk mencari solusi supaya konfIik yang berlaku di bumi Gaaza dapat diselesaikan,” jelasnya menerusi siaran langsung di laman Facebook.


Muhammad Nadir al-Nuri berkata, pendedahan yang dilakukannya melalui Sesi TownHall Cinta Gaaza Malaysia secara langsung itu adalah untuk menunjukkan sumbangan Malaysia kepada rakyat PalIestin.



Muhammad Nadir al-Nuri menasihati mana-mana NGO yang baru sahaja ingin berkecimpung menjadi NGO yang membantu PalIestin untuk bersama-sama dengan NGO yang sudah berpengalaman dalam menguruskan isu bantuan kepada negara itu.


“Dalam hal ini, kita perlu dengar nasihat orang yang sudah berpengalaman. Kerja NGO ini adalah untuk akhirat kita. Kita bekerja dalam tempat yang berlaku konflIk. Oleh itu kita mahu beri bantuan secara paling efektif.


“Kata ada NGO ada nak buka rumah anak yatim di bumi Gaaza. Pertama sekali, kita perlu memahami penduduk setempat yang mana menubuhkan rumah anak yatim adalah satu tindakan yang amat sensitif walaupun terdapat hampir 20,000 anak yatim.


Terdahulu, pendakwah terkenal, Ebit Lew menafikan dakwaan Muhammad Nadir Al-Nuri yang pihaknya membayar ratusan ribu dolar kepada syarikat Hala untuk memasuki Gaaza.



Sebaliknya beliau berkata, pasukannya memasuki Gaaza dengan bantuan Kedutaan Malaysia di sana dengan dibantu syarikat pelancongan dengan caj jauh lebih murah dan mendapat maklumat untuk masuk ke Gaaza satu-satunya melalui NGO Miles of Smiles dengan bayaran satu AS$10,000 atau hampir RM50,000.


Namun begitu Muhammad Nadir hari ini menjelaskan bahawa melalui Lucky Tours atau nama tidak rasminya Hala, jumlah keluar masuk Gaaza yang perlu dibayar adalah sebanyak AS$2,500 bersamaan dengan RM10,566.


“Dalam banyak-banyak tempat, Gaaza adalah tempat yang paling susah masuk. Syarikat yang boleh bawa masuk bantuan adalah Lucky Tours ataupun nama tidak rasminya adalah Hala. Kita nak bandingkan Hala adalah sebuah syarikat dan Miles of Smiles ini NGO.


“Miles of smiles adalah satu organisasi NGO yang mana duit bayaran AS$10,000 itu akan disumbangkan semula kepada rakyat Gaaza, ia juga adalah satu bentuk deposit untuk menunjukkan komitmen untuk beri manfaat kepada rakyat Gaaza,” katanya.

Sumber : Utusan

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top