Header Ads

Hubungan Zoey Rahman dan Zarina Anjoulie serius, bukan 'gimik' tarik perhatian netizen semata-mata!

 


"Tak dinafikan kami memang berkawan rapat sekarang. Cuma untuk ke peringkat seterusnya belum tahu lagi dengan keadaan semasa," kata pelakon dan pengacara, Zoey Rahman mengulas video berpegangan tangan dengan pelakon Zarina Anjoulie.


Video intim yang dimuat naik di Instagram Story itu seakan mengesahkan pasangan ini merancang untuk ke jenjang pelamin.


Zoey, 36, ketika dihubungi tidak menafikan menerima banyak mesej peribadi (DM) yang bertanya kejujurannya berkawan dengan Anju.


"Mereka tanya bolehkah saya terima Anju? Maklumlah semua orang tahu dia macamana orangnya.


"Saya sebenarnya lebih suka berkawan dengan orang yang tak hipokrit berbanding orang yang bertudung tapi dibelakang mengata orang lain.


"Walaupun Anju lantang, dia seorang yang jujur dan sangat baik. Orang macam ini jujur daripada mereka yang nampak baik dan bertutup tapi dibelakangnya mengata orang," katanya kepada Harian Metro.



Menurut Zoey, walaupun ramai melihat Anju dari sisi negatif, hakikat sebenarnya dia seorang yang baik dan suka menolong orang. 


"Yang kita nampak di Instagram hanya sedikit tapi sebenarnya banyak lagi kebaikan dilakukan dia disebaliknya.


"Orang sekarang nilai dari kisah sebelumnya dan bukan kebaikannya. Mereka nampak yang negatif sahaja.


"Saya nafikan hubungan kami untuk bantu pemasaran produk saya kerana sebelum ini saya ada berkawan dengan seorang artis popular dan berjuta pengikut tapi saya tak mempergunakan dia pun," katanya.



Zoey berkata, dia tidak perlukan publisiti sebegini kerana produknya Mika Series sudah sukses dan kini dijual di gedung popular Watsons dan jualan terlaris di Shopee.


"Saya kena jaga klien seperti mereka. Taraf produk saya dah lain bila dijual di dua nama besar ini. Tak perlulah cara pemasaran yang boleh menjatuhkan imej Mika Series.


"Ini bukan taktik pemasaran dan saya tak perlu pun cara yang salah untuk menjatuhkan jenama dan nama saya sendiri," katanya. 


Pengacara Gerak Geri Gasing ini mengakui dia hanyalah manusia biasa dan gagal memuaskan hati semua orang.


"Ada yang suka saya dan ada yang tidak. Alhamdulillah pada yang suka saya dan yang tak suka tak mengapalah. 


"Namun saya terharu kerana ramai yang mesej ucap tahniah untuk perniagaan, karier dan hal peribadi. Kadang-kadang kita tak boleh hakimi seseorang. 


"Setiap orang ada pasang surutnya. Kadangkala jadi jahat sikit dan kadangkala baik. Kita tak boleh nilai orang dan tak tahu pengakhiran kita bagaimana. Entah-entah yang jahat sekarang pengakhirannya lagi baik dari kita," katanya penuh makna.

Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.