Header Ads

Ingat tak penat tukar dua, tiga baju sehari? Tanya Datuk Seri Vida

 


“Saya pun struggle. Orang lain perlu RM50 sehari, tetapi saya kena cari berjuta sebulan. Sebab itu saya tak berhenti buat content. Ingat tak penat ke tukar dua tiga baju sehari, tapi saya buat juga.”


Ya, itu antara luahan usahawan dan selebriti popular, Datuk Seri Vida kepada Poklip tempoh hari. Semua gara-gara dia dikecam hebat oleh netizen yang bengang dengan kenyataannya berhubung kempen bendera putih.


Poklip sendiri sebenarnya agak terkejut dengan kenyataan usahawan tersebut. Sungguh berani mengundang berbakul-bakul kecaman dan makian. Tetapi mengenali Vida, dia wanita besi. Cakaplah apa sahaja, dia tak kisah.



Secara peribadi, Poklip faham apa yang membuatkan warganet cukup marah dengan Vida. Di kala ada segelintir kita yang terpaksa meraih simpati untuk sesuap nasi, tidak sepatutnya Vida memperlekeh segala usaha untuk menghulurkan bantuan.


Apatah lagi kempen bendera putih yang hanya mahu membantu mereka yang dalam kesusahan. Bak kata tentera jabatan netizen, kalau tidak mahu membantu diam sahaja. Tak usah memekik melolong.


Namun pada masa sama, Poklip juga setuju bila Vida bercakap soal malas. Memang ada yang malas, tetapi tidak semua. Di kala ini, tidak molek untuk kita menuding jari dan pentingkan diri. Semua orang ada kepayahan dan dugaan masing-masing, Mungkin bukan dari segi wang ringgit tetapi emosi.




Seperti Vida sendiri. Dia terpaksa mencari jutaan ringgit sebulan bagi menampung segala jenis perbelanjaan dan kos.


Tetapi ada yang hanya memerlukan RM50 sehari namun itu pun susah nak dapat. Ujian kita kan berbeza-beza. Maka, apa yang penting untuk kita yang berkemampuan untuk saling bantu membantu.


Tak usahlah kita menanam rasa benci dalam hati. Jika ada salah, tegurlah dengan murni. Takut dengan dunia media sosial sekarang. Ibarat segala jenis makian ada. Ingat, bahasa menunjukkan bangsa.

Sumber : Utusan

No comments:

Powered by Blogger.