Ramai netizen luah rasa rindu bila lihat keadaan terkini Cameron Highlands yang berkabus dan cecah suhu 17 darjah celcius

Anonymous
0

 


TANAH Tinggi Cameron adalah antara destinasi yang sering menjadi pilihan pengunjung untuk meluangkan waktu bersama keluarga.


Suhu sekeliling yang sejuk lantaran kedudukannya di Banjaran Titiwangsa menjadikan pusat peranginan ini berbeza daripada lokasi pelancongan lain di Malaysia.


Suasana dingin, dikelilingi alam semulajadi, ladang teh serta kebun strawberi menjadikan tarikan utama pengunjung ke Cameron Highlands.


Setelah beberapa bulan tidak menerima kunjungan pelancong, Cameron Highland kini semakin sejuk dan berkabus.


Melalui perkongsian beberapa pengguna Facebook, kawasan tanah tinggi itu dilitupi kabus tebal.

Malah suhu persekitaran juga serendah 17°Celcius menjadikan suasana sekeliling kedinginan. Penduduk tempatan menyifatkan kesejukan dirasai ‘hingga ke tulang.’

Perkongsian foto sekitar tanah tinggi itu menggamit memori warganet. Malah rata-rata berpendapat keadaan Cameron Highlands yang kembali sejuk dan berkabus adalah susulan daripada kurangnya pengunjung ke sana.


-“C0vid membuatkan alam membersihkan diri, suasana segar kembali. Hutan kembali menghijau dan udara bersih tanpa asap kenderaan.”


-“Wah, sejuknya macam di luar negara.”


Malah ada juga yang meluahkan kerinduan untuk mengunjungi tanah tinggi itu.


-“Bila lagi dapat ke sini, rindu pula untuk berada di tempat sejuk.”


-“Harap negara kita bebas C0vid-19 secepat mungkin, lepas itu boleh pergi Cameron Highland.”


-“Rindunya suasana Cameron Highland.”

Tentu ramai sudah tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke Cameron Highlands selepas melihat gambar ini.


Diharapkan selepas penularan C0vid-19 terkawal dan aktiviti merentas negeri dibenarkan, kita dapat merancakkan kembali industri pelancongan negara.


Sumber: Facebook Gambar Menarik Cameron Highlands via sinar plus

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top