Peniaga durian di bandar Kuala Lipis di sini berdepan pasaran yang agak tenat dalam tempoh Perin’tah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini kerana kekurangan pembeli khususnya dari luar daerah.
Pada awalnya rata-rata durian di bandar ini seperti Musang King gred A dijual dengan harga RM55 sekilogram, gred B (RM36/kg), gred C (RM28/kg), manakala baka D24 (22/kg), IOI (RM24/kg), Teka (RM25/kg), durian kampung (RM7/kg) dan durian kahwin dijual RM13 sekilogram.
Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, harga Musang King turun sehingga RM19 sekilogram, D24 (RM17/kg) termasuk baka kampung dan lain-lain jatuh antara RM5 hingga RM10 minggu ini.
Masa1ah dihadapi peniaga di Kuala Lipis kerana musim ‘raja buah’ itu kebetulan dalam tempoh PKP yang membataskan pergerakan orang ramai keluar berbelanja di samping kebanyakan penduduk terje’jas pendapatan ekoran penu1aran C0vid-19.
Peniaga durian bandar Kuala Lipis, Mohd. Ridzuan Ismail, 31, berkata, dia sudah menjangkakan pada awal musim lagi durian tidak akan mendapat pasaran apabila melalui tempoh yang berselang-seli penguatkuasaan PKP, PKP Bersyarat (PKPB), PKP Pemulihan (PKPP) dan kemudiannya sekatan perjalanan menyeluruh sehingga memberi impak kepada semua perniagaan.
“Apabila buah durian gu’gur pada awal bulan ini, saya gagahkan diri juga mengutip dan membawa durian ini turun ke bandar Kuala Lipis untuk dijual walaupun saya sudah tahu daripada rakan peniaga buah-buahan tempat lain tentang kemer0sotan pasaran.
“Dalam tempoh dua minggu, pelbagai jenis buah durian yang saya jual seperti Musang King, D24, IOI, Teka, durian kahwin dan durian kampung hanya laku seberat 500 kilogram berbanding hasil lumayan dinikmati pada tahun sebelum ini,” katanya di sini semalam.
Mohd. Ridzuan yang mengusahakan tanaman durian dan mula berniaga sejak 10 tahun lalu berkata, musim kali ini buah durian agak lebat di semua tempat malah gu’gur pula serentak.
“Mahu tidak mahu, saya terpaksa menghabiskan jualan buah durian musim ini dan menawarkan harga berpatutan kepada pelanggan yang ingin berbelanja termasuk penggemar tempoyak,” katanya.
Beliau yang mengusahakan tanaman pelbagai jenis baka di kebun seluas dua hektar di Kampung Kechau dekat sini berkata, dia tetap meneruskan penjualan buah itu untuk mengembalikan semula modal membeli baja, pengurusan kebun dan pengangkutan.
“Faktor sekatan rentas daerah dan negeri juga antara punca utama buah durian tidak boleh menembusi pasaran di Lembah Klang berbanding sebelum ini ada pemborong luar yang datang sendiri ke daerah ini,” katanya. – UTUSAN 0NLINE