Header Ads

Ismail Sabri tidak Ianggar SOP, ziarah kubur diluar waktu Aidilfitri,Aidiladha dibenarkan, kata MKN

 


Ziarah kubur di luar waktu perayaan Aidilfitri atau Aidiladha adalah dibenarkan dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) am ditetapkan pihak berkuasa.


Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad berkata, tiada SOP khusus mengenai ziarah kubur di luar waktu perayaan.


"Sebelum ini, kita ada SOP ziarah kubur yang dikaitkan dengan sambutan perayaan Aidilfitri dan Aidiladha. Dalam keadaan di luar perayaan itu, ziarah kubur sebenarnya tidak menjadi satu isu dan dibenarkan.


"Yang penting adalah setiap mereka yang menziarah kubur perlu memastikan supaya penjarakan fizikal satu meter diamalkan serta memakai pelitup muka," katanya dihubungi hari ini.



Katanya, selain itu, mereka yang menziarah kubur juga perlu menjaga kebersihan seperti mencuci tangan dan sebagainya.


"Justeru itu, menziarah kubur adalah dibenarkan dan ia mesti tertakluk kepada SOP am dikeluarkan kerajaan dari semasa ke semasa," katanya.


Terdahulu, media melaporkan, Perdana Menteri Datuk Sri Ismail Sabri Yaacob menziarah pusara ibu bapanya di Tahan Perkuburan Islam Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang hari ini.



Perdana Menteri tiba di tanah perkuburan itu jam 11 pagi bersama abangnya, Abdul Manaf, untuk melawat pusara bapa, Allahyarham Yaacob Abdul Rahman dan ibu, Allahyarhamah Wan Jan Wan Mamat.


Mereka meluangkan masa kira-kira setengah jam di tanah perkuburan berkenaan sambil membacakan surah Yassin.


Sebaik selesai, Ismail Sabri kemudiannya meneruskan lawatan kerja ke Parlimen Bera buat kali pertama selaku Perdana Menteri kesembilan.


Sumber : Harian Metro

No comments:

Powered by Blogger.