PU Syed mohon pihak berkuasa siasat Suhaimi Saad

Anonymous
0

 


Pendakwah bebas terkenal, Pencetus Ummah (PU) Syed, memohon agar pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas bekas kumpulan nasyid Inteam, Suhaimi Saad menggelarkan mereka yang telah divaksiin sebagai lembu.


Pendakwah itu berkata,  kenyataan Suhaimi tersebut sudah keterlaluan kerana secara sengaja menggelarkan warganet yang mengambil vaksiin sebagai binatang berkenaan.



Dalam perkongsian sama, Syed turut meminta agar Suhaimi untuk mendapat rawatan lanjut dengan segera jika mengalami masalah kesihatan.


“Mohon pihak PDRM ziarah beliau. Jauh sangat dah ini. Jika kurang sihat, dapatkan segera rawatan.


“Jika tidak mahu vaksin, jangan lembukan orang yang menerima vaksiin. Hiduplah dalam dunia kamu yang penuh kesenian itu,” tulisnya di Instagram.



Sebelum ini, bekas penyanyi nasyid itu meluahkan rasa ‘hormat’ kepada 779 guru di Johor yang enggan menerima suntiikan vaksiinasi C0vid-19.


Malah, menerusi kapysen itu juga dia menyifatkan warganet yang sudah divaksiin sebagai lembu.

Sumber : Utusan Online

Tags

Post a Comment

0 Comments
Post a Comment (0)
To Top