Header Ads

Tak fikir nak kahwin, kalau ada jodoh cari ‘level-level’ saya saja, kata Datuk Seri Vida

 




Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida memaklumkan andai punya jodoh lagi dia akan memilih bakal suami yang setaraf dengannya saja.


Menurut Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, dia akan mencari calon yang mempunyai kestabilan dari segi ekonomi dan sebaya usianya.


“Ada ke lelaki yang nak dekat saya? Tengoklah saya jenis brutal (lasak) gini (macam ini). Semua buat, takuut lari saja nanti.



“Sekarang ini saya tidak terfikir pun nak kahwin ke apa, anak-anak, keluarga dan syarikat adalah keutamaan saya.


“Kalau ada jodoh sekali pun saya akan cari yang level-level (setaraf) saya. Maksudnya dari segi umur, pengalaman, kaya of course (sudah pasti),” ujarnya dengan berseloroh di akaun Instagram miliknya.


Dalam hantaran perkongsian video berdurasi hampir tujuh minit itu, Vida menunjukkan dia sedang bekerja dengan berdiri di atas pengangkat jentera.



Pada masa sama dia bersyukur dan berterima kasih kepada orang ramai yang senantiasa tidak putus-putus menyokong bisnesnya.


Sebagai informasi, jutawan kosmetik ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Fairuz Ahmad Zainuddin pada Januari 2014, namun bercerai pada 7 April 2017 lalu.

Sumber : Utusan Online

No comments:

Powered by Blogger.